Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rata-rata.

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang berkampung dari hulu, Tanam kelapa rata-rata; Senang susah tanggung dahulu, Pada siapa hendak dikata.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata.
Kurik Kundi Merah SagaKacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum.
Kurik Kundi Merah SagaMengetam papan di tanah rata, Buah anggur buah berangan; Minta disiram air mata, Minta tidur di tapak tangan.
Kurik Kundi Merah SagaPepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga layar berpupu, Cari layar rata negeri; Dua tiga bulan tidak bertemu, Minum air terasa duri.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita.
Kurik Kundi Merah SagaSorong dayung ditarik dayung, Tariklah papan sama rata; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami yang tinggal jahat rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaBurung enggang silang-bersilang, Nampak pipit sama rata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata.
12

Kembali ke atas