Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ta.pan] | راتڤن

Definisi : rintihan kerana kesedihan (dgn mengeluh, menangis, menjerit, dll): ~ anak-anak yg kehilangan kedua-dua ibu bapa itu sungguh menyayat hati; ~ tangis ratap dan tangis; ~ petolong ijuk penebal prb penghasilan tambahan (bukan penghasilan sbg pokok penghidupan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ta.pan] | راتڤن

Definisi : tangisan atau jeritan yg disertai kata-kata kerana terlalu sedih (hiba dll): Kedengaran ~ dan tangis seisi istana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ratapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elegypuisi ratapanKesusasteraanPuisiNyanyian atau ratapan, terutamanya mengenai kenangan terhadap peristiwa kematian. Contohnya, puisi ''Balada Lelaki yang Luka" karya W.S. Rendra dan puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Sinonim elegi.
plaintpuisi ratapanKesusasteraanTiadaPuisi yang menyatakan perasaan yang sangat sedih, dijadikan doa atau nyanyian, dilafazkan berulang-ulang untuk menyatakan dukacita atau kesedihan.
complaint versesajak ratapanKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa persoalan dan perasaan duka, sedih, pilu, muram, murung dan scndu. Puisi ini mencitrakan sesuatu peristiwa atau tragedi, umpamanya kematian seseorang tokoh, pembesar dan pemimpin yang dihormati dan disanjungi. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" dalam kumpulan Duri dan Api karya Usman Awang.
shi�r ?l-rith?�shi�r ?l-rith?�KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur ratapan, penderitaan dan rintihan terhadap orang yang meninggal dunia. Penulisan puisi ini menjadi kebiasaan masyarakat Arab zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, pada masa itu penulisan hanya ditujukan kepada mereka yang mati secara biasa, bukannya mati dalam peperangan. Mereka yang mati dalam peperangan tidak akan diratapi dengan shi�r ?l-rith?� kerana mereka berperang untuk mati. Pada Zaman Umaiyyah, sebelum kematian Khalifah Mu�awiah, shi�r ?l-rith?� hanya berbentuk ratapan. Namun selepas kematian Khalifah ini, shi�r ?l-rith?� mengalami perubahan ketara. Penulisan shi�r ?l-rith?� tidak terbatas kepada orang yang meninggal dunia sahaja. Malah kepada perkara lain seperti kemusnahan kota, kematian haiwan kesayangan, atau sebarang kejadian yang membangkitkan perasaan sediah dan kecewa si penyair. Tradisi ini diteruskan dalam kesusasteraan pada Zaman Abbasiah. Penyair shi�r ?l-rith?� yang terkemuka pada zaman ini ialah Abu Tammam. Dalam sastera Parsi, Farrukhi Sistani mencipta sajak shi�r ?l-rith?� sempena kemangkatan Sultan Mahmud Ghaznavi. Lihat juga shi�r ?l-?khr, shi�r ?l-m?d?.
lamentrintihanKesusasteraanPuisiPuisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi.
threnodylagu ratapKesusasteraanTiadaLagu ratapan yang dinyanyikan semasa pengembumian.
elegyelegiKesusasteraanPuisiLihat puisi ratapan.
pastoralpastoralKesusasteraanTiadaPuisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherd�s Calendar oleh Spenser dan Shepherd�s Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �gembala kambing�. Lihat juga idil.
sandiwarasandiwaraKesusasteraanTiadaPersembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan.

Kembali ke atas