Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rat.na] | رتنا

Definisi : 1. sl intan; 2. ark puteri (gadis) yg cantik; ~ cempaka manikam kuning; ~ mutu mani­kam berbagai-bagai intan permata; ~ pakaja a) jantung hati, yg tercinta, kekasih; b) sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat sayur), Gomphrena globosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rat.na] | رتنا

Definisi : permata yg cantik; intan: ~ mutu manikam berbagai-bagai jenis permata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ratna
Rujuk :permata


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ratna suka makan _________ yang digoreng oleh ibunya. Adakah betul jika murid tulis ayam telur?
Tidak sesuai. Merujuk Kamus Dewan, ayam telur  bermaksud ayam yang diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya)
Makna15.10.2018
Maaf, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata sendi di dalam ayat di bawah. Adakah betul? Mohon pencerahan. Terima kasih. Puan Ratna makan nasi di atas daun pisang di restoran itu.Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah Puan Ratna makan nasi beralaskan daun pisang di restoran itu.
Tatabahasa13.06.2020
"Mengapakah permaisuri bersedih? Katakanlah kepada ...............," kata Dayang Suri kepada Permaisuri Ratna Devi. Jawapan: A. Beta B. hamba C. patik D. tuan hamba

Encik Tony,

Jawapan bagi pertanyaan tersebut ialah C. patik.

Tatabahasa22.06.2010
1.Apakah kata ganda untuk ibu bapa? Ibi-ibu bapa? Ibu bapa-ibu bapa? 2.Ratna endapat (mata/markah) yang tinggi dalam ujuan BMnya. Terima kasih.1. ibu bapa-ibu bapa
2. markah
Tatabahasa07.08.2014
Adakah penggunakaan kata menyalin dalam ayat di bawah betul? Ibu menyalin kuih yang dihantar oleh Puan Ratna ke dalam piring.Betul kerana perkataan "menyalin" ialah mengubah bekas atau memindahkan ke bekas lain.Tatabahasa08.09.2015
Apakah perbezaan antara TIDAK dan BUKAN?Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.Tatabahasa07.12.2015
salam...saya ingin mengetahui tentang riwayat hidup Mejar Dato` Mohd Said Sulaiman serta sumbangannye dalam perkembangan bahasa Melayu

Sila rujuk bahan ini :

Biografi Mejar Mohd Said Sulaiman. oleh Ratna Inzah. Majalah Pelita Bahasa . keluaran Disember 1989

Lain-lain23.03.2008
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih.Lain-lain14.07.2008
Saya nak tanya, BUKAN dan TIDAK ni sama ke? Macam mana nk guna? Kalu BUKAN dan TAK NAK, sama ke tak?Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh: Makanan itu bukan untuk Ratna.

Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh: Bapanya tidak turun ke sawah hari ini.

Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

Contoh: Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.
 
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 262 - 263.

Tak nak pula merupakan bahasa basahan untuk tidak mahu/tidak hendak dan boleh digunakan untuk konteks ayat yang bersesuaian dengan kata nafi tidak.
Tatabahasa18.09.2021
Yang manakah betul? Saya bukan kedekut atau Saya tidak kedekut. Kata nafi bukan mesti diikuti dengan kata nama atau kata sendi nama tetapi berdasarkan apa yang dicari macam Saya bukan kedekut adalah betul walaupun kedekut ialah kata adjektif dan sepatutnya guna tidak kedekut.Kedua-dua ayat tersebut betul. Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.Tatabahasa30.10.2020
12

Kembali ke atas