Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ratus
Kata Terbitan : meratus,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHASA MELAYU DI THAILAND TENGAH

BAHASA MELAYU DI THAILAND TENGAH, bahasa yang digunakan oleh pelbagai masyarakat keturunan Melayu yang terdapat di bahagian tengah negara Thai. Jumlah penduduknya mencapai angka beberapa ratus ribu orang.

BAHASAKonsep
SEMUT API

Semut api adalah mana-mana satu daripada

beberapa spesies semut yang menyebabkan

sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima

spesies semut api terdapat di tenggara Amerika

Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang

diimport, adalah semut perosak yang utama.

Semut api merah yang diimport membuat busut

besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras

hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.

Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami

satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu

aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun

keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api

merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,

bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah

orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa

semut api – dan jarang sekali membawa maut.

UMUM 
SINAR GAMA

Sinar gama ialah satu bentuk sinaran

elektromagnet yang sama dengan sinar-x. Sinar

gama mempunyai tenaga yang lebih tinggi dan

jarak gelombang yang lebih pendek daripada

sinar-x. Walau bagaimanapun, garis pemisah antara

kedua-dua bentuk sinaran ini tidak tertakrif dengan

jelas. Ahli sains biasanya menggunakan istilah sinar

gama bagi sinaran elektromagnet yang mempunyai

tenaga beberapa ratus ribu elektronvolt. Satu

elektronvolt ialah amaun tenaga yang diperlukan

untuk menggerakkan elektron di antara dua titik

beza keupayaan 1 volt (lihat Volt).

UMUM 

Kembali ke atas