Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ratus
Kata Terbitan : meratus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
MEO (medium earth orbit)MEO (orbit sederhana bumi)Teknologi MaklumatTiadaOrbit untuk satelit dalam lingkungan beberapa ratus batu kepada beberapa ribu batu dari bumi. Orbit ini lebih tinggi daripada LEO dan lebih rendah daripada GEO.
driver ants/ legionary antsemut ratusBiologiEntomologiSerangga karnivor dalam famili Dorylinae yang hidup di dalam sarang sementara dan berpindah dalam satu barisan panjang yang menyerupai askar, dan kadang-kadang jumlahnya mencapai seratus ribu ekor dalam satu barisan. Serangga ini dikenal juga sebagai semut askar atau semut pemandu.
number place valuenilai tempat nomborMatematikTiadaNilai sesuatu digit dalam bentuk angka bagi nombor yang ditetapkan mengikut tempat letaknya digit itu dalam angka. Misalnya, untuk angka 7653, nilai tempat bagi digit 7 ialah ribu, bagi digit 6 ialah ratus, bagi digit 5 ialah puluh dan bagi digit 3 ialah sa. Dengan itu, angka 7653 ialah (7 x 1000) + (6 x 100) + (5 x 10) + (3 x 1).
routine maintenancepenyelenggaraan rutinKejuruteraanKejuruteraan MekanikPemeriksaan, servis dan pembaikan kecil yang dilakukan ke atas sesebuah mesin mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual mesin. Penentuan kerja ini dibuat berdasarkan tempoh penggunaan mesin atau jarak perjalanan kenderaan. Contohnya, kerja servis pemampat gas yang dibuat setiap lima ratus jam penggunaan atau kerja penyelenggaraan kereta dibuat setiap lima ribu kilometer perjalanan.
dust devilpusar debuMeteorologiMeteorologi PerhubunganPusaran yang cukup sempurna, atau angin pusaran yang kecil, tetapi kencang, biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan dapat dilihat disebabkan oleh debu, pasir dan puing yang dipungut dari muka bumi. Diameternya antara 10 kaki hingga melebihi 100 kaki; ketinggian puratanya 600 kaki, tetapi terdapat sebahagian kecil yang ketinggiannya sampai beberapa ribu kaki. Pusar debu paling kerap terjadi pada sebelah petang yang panas dan tenang dengan langit cerah, di kawasan kering apabila keamatan pemanasan permukaan menyebabkan kadar tukaran suhu yang amat curam di beberapa ratus kaki bahagian bawah atmosferanya. Juga disebut puyuh debu.
dust devilpusar debuSainsHidrometeorologiPusaran yang cukup sempurna, atau angin pusaran yang kecil, tetapi kencang, biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan dapat dilihat disebabkan oleh debu, pasir dan puing yang dipungut dari muka bumi. Garis pusatnya antara lebih kurang 10 kaki hingga melebihi 100 kaki; ketinggian puratanya lebih kurang 600 kaki, tetapi terdapat sebahagian kecil yang ketinggiannya sampai beberapa ribu kaki. Pusar debu paling kerap terjadi pada sebelah petang yang panas dan tenang dengan langit terang, di kawasan kering apabila keamatan pemanasan permukaan menyebabkan kadar tukaran suhu yang amat curam di beberapa ratus kaki bahagian bawah atmosferanya.

Kembali ke atas