Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.tu.san] | راتوسن

Definisi : 1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar dicampur, satuan di­kumpul­kan dgn satuan, puluhan dgn puluhan, dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.tu.san] | راتوسن

Definisi : 1 beberapa ratus; beratus-ratus. 2 angka yg menduduki rumah ratus pd bilangan yg terdiri drpd tiga angka atau lebih: Pd bilangan 233, ~nya ialah 2. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ratusan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan “Ratusan penduduk” dan “ Beratus-ratus penduduk”. _________________sedang berarak di jalanan bagi menyambut ulang tahun keputeraan baginda. Apakah jawapan yang paling sesuai untuk dipilih melengkapkan ayat yang di atas? (ATAU KEDUA-KEDUA “Ratusan penduduk” dan “ Beratus-ratus penduduk”. boleh dilengkapkan ayat di atas?) Terima kasih.
  • Maksud ratusan ialah bilangan-bilangan besar dicampur, satuan dikumpulkan dengan satuan dan ratusan dengan ratusan, manakala beratus-ratus bermaksud beberapa ratus.
  • Maka, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan kerana mempunyai maksud yang sama.
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1830 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/

Tatabahasa22.01.2024
Ratusan tahun dahulu dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKAyat tersebut adalah betul dan perlu ditambah tanda koma selepas perkataan "dahulu". Ratusan tahun dahulu, dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan.Tatabahasa08.04.2012
beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat. adakah beratus-ratus perlu digantui dengan beberatus atau beratus-ratusan ?

Sdr. Teoh,

.......beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat adalah betul . Jangan tukar kepada beberatus atau beratus-ratusan . Terima kasih

Tatabahasa01.04.2010
Tuan, Adakah ayat ayat di bawah betul?Jika tidak,sila betulkan. 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan goreng cempedak buat birasnya yang baru sampai. 2.Ratus ratusan ayam kampung berjaya diternak oleh belia-belia kampung melalui program tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Ayat yang betul ialah:
1.Ibu sibuk menyediakan hidangan cempedak goreng untuk birasnya yang baru sampai.
2.Belia di kampung tersebut berjaya menternak ratusan ayam kampung melalui program yang dianjurkan.
Tatabahasa01.08.2018
bagaimanakah bahasa asing mempengaruhi perkembagan bahasa melayu, khususnya di sekolah-sekolah di malaysia?Bahasa Melayu seperti bahasa moden yang lain tidak terlepas menerima pengaruh daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu dututurkan oleh ratusan juta manusia daripada pelbagai etnik dan bangsa sudah pasti pesat berkembang dan dalam proses tersebut sedikit sebanyak turut dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain. Soalan saudara sebenarnya terlalu luas  untuk dibincangkan dalam wahana yang sebegini dan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk makalah atau buku yang berkaitan dengan tajuk tersebut.Lain-lain28.11.2009
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara.Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih.Lain-lain08.08.2008
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Pembangunan Istilah Sains dan TeknologiAntara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa.Tatabahasa04.04.2013
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM PEMBANGUNAN ISTILAH SAINS DAN TEKNOLOGIAntara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagaimana yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku atau makalah  yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel untuk mendapatkan senarai berkenaan. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan.Lain-lain11.04.2013
Mohon nasihat tuan berhubung penjodoh bilangan yang sesuai untuk Pasport Malaysia Antarabangsa. Perkataan tersebut (berhubung bilangan atau penjodoh bilangan itu) akan kerap digunakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Mohon juga khidmat nasihat berhubung dengan singkatan atau perkataan yang sesuai untuk diulang-ulang di dalam laporan agar tidak terlalu panjang dan mudah difahami oleh pembaca (tidak terlalu teknikal dan mencapai maksud). Terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah kerana bentuk fizikal pasport seperti buku (sebuah buku). Walau bagaimanapun tidak semua benda perlu diberi penjodoh bilangan. Begitu juga halnya dengan pasport, contoh ayatnya: Ratusan pasport ditemui dalam serbuan tersebut. Tidak ada ejaan singkatan bagi penjodoh bilangan lazimnya dieja penuh bagi mengelakkan kekeliruan kepada pembaca.Tatabahasa09.01.2012
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan pendapat dan pandangan saya terhadap bahasa Melayu sekarang. Sebelum ini saya pernah memperkatakan tentang peminjaman dan serapan istilah-istilah Inggeris dalam bahasa Melayu. Saya sedikit kecewa dan merasa takut jikalau terjadinya penginggerisan keatas bahasa Melayu sepertimana yang berlaku keatas bahasa di negara Papua New Guinea. Kalau kita lihat di sana, bahasa mereka bercampur aduk dengan bahasa Inggeris sehingga menjadi bahasa rojak serta hilang keaslian bahasa Ibunda mereka. Saya sebenarnya memang bersetuju dengan pendapat dan pandangan pihak DBP dan pakar bahasa Melayu hari ini tentang peminjaman dan serapan bahasa memang berlaku secara meluas dan menjadi kelaziman serta berlaku dalam semua bahasa di dunia ini. Ya, itu memang benar, tetapi peminjaman dan serapan bahasa yang sangat banyak dan melampau juga boleh merosakkan keaslian dan ketulenan bahasa kita seperti yang berlaku terhadap bahasa di negara Papua New Guinea yang saya terangkan diatas tadi.Kami ambil maklum dan amat mamahami rasa hati yang tuan nyatakan. DBP selaku badang yang berkepentingan dalam hal pembinaan bahasa dan sastera sentiasa berusaha mengawal pembentukan istilah yang dibuat secara semberono dan sewenang-wenangnya. DBP menaruh kepercayaan kepada pakar bidang dalam pelbagai disiplin ilmu serta pengamal ilmu dalam bidang tersebut yang membina dan menyusun pelbagai istilah. Sehingga kini ratusan ribu istilah telah dibina, namun sayangnya hanya sebilangan sahaja yang digunakan.Lain-lain15.11.2015

Kembali ke atas