cartilage | rawan | Veterinar | Praklinikal | Tisu penyambung khusus yang terdapat pada haiwan dan embrio. Terdapat tiga jenis rawan; iaitu rawan hialin; rawan kenyal dan rawan bergentian. Pada mamalia dewasa; rawan hialin terdapat di bahagian larinks; trakea; bronkus dan hujung tulang sendi yang boleh bergerak. Rawan kenyal dan rawan bergentian terdapat di bahagian telinga luar dan epiglotis. Rawan menyumbang kepada pertumbuhan tulang. |
fibrocartilago | rawan berserat; rawan gentian | Perubatan | Tiada | Rawan yang terdapat pada sendi, tepi rongga dan alur bertulang, dan matriksnya seperti serat tisu penghubung. |
cartilage | rawan | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tisu penghubung rangka yang kenyal dan teguh, yang sel-sel kondrositnya, biasanya kelihatan berwarna putih kebiru-biruan, lut cahaya dan terbenam di dalam matriks kondrin. Tisu ini terdapat pada haiwan mamalia dewasa dan menjadi penyambung salur pernafasan dan salur telinga. Terdapat tiga jenis rawan, iaitu rawan hialin, rawan kenyal dan rawan gentian. Rawan sentiasa diselaputi oleh lapisan perikondrium. |
articular cartilage | rawan sendi | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan hialin yang menyelaputi permukaan sendi sinovial. Sinonim rawan artikular. Lihat juga rawan hialin, sendi sinovial. |
fibrocartilage | rawan berserat; rawan gentian | Perubatan | Tiada | Tiada |
fibrocartilage | rawan berserat; rawan gentian | Perubatan | Tiada | Tiada |
elastic cartilage | rawan kenyal | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan yang mengandungi banyak gentian kenyal. Rawan ini terdapat di bahagian telinga, epiglotis dan sebahagian daripada laring. Fungsi rawan ini adalah untuk memberikan sifat lentur dan sokongan. |
perichondrium | perikondrium | Perubatan | Tiada | Lapisan tisu perantara yang berserat, yang melapik semua rawan kecuali rawan artikular sendi sinovium. |
hyaline cartilage | rawan hialin | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan yang berwarna putih kebiru-biruan dan bersifat lut sinar. Rawan ini paling banyak terdapat pada tubuh, dan boleh ditemukan di permukaan sendi tulang dan saluran pernafasan. Fungsi rawan ini adalah untuk mengelakkan permukaan tulang yang membentuk sendi daripada bergeser dan mengganggu pergerakan. |
fibrous cartilage | rawan gentian | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan yang mengandungi banyak serat kolagen yang padat pada matriksnya (struktur terkeras pada tulang). Rawan ini boleh ditemukan di antara ruas pada tulang belakang. Fungsi rawan ini adalah untuk memberi sokongan dan perlindungan. |