Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
reaksi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan respons, tindak balas, sambutan, jawapan, balasan, maklum balas;,
Kata Terbitan : bereaksi,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
reaksi(réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg digunakan; bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita; mereaksi Id mengadakan reaksi; pereaksi Id alat utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
tindak balassesuatu yg berlaku sbg akibat drpd sesuatu perbuatan atau tindakan lain; reaksi. ~ berbalik ist tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berbeza. ~ fotokimia ist tindak balas yg disebabkan oleh cahaya. ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru. ~ kondensasi ist tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar dgn menyingkirkan molekul kecil (spt air). bertindak balas berbuat atau melakukan sesuatu sbg reaksi kpd sesuatu tindakan atau kpd perbuatan lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pereaksiId alat utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
reaktif/réaktif/ 1 cenderung menun­jukkan reaksi atau tindakan setelah ber­laku sesuatu terhadap seseorang atau sesuatu: Mereka bersikap ~ terhadap masalah yg dihadapi. 2 ist dpt bertindak balas secara kimia dgn berbagai-bagai bahan: Gas itu stabil dan tidak ~ dlm udara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
reaktif(réaktif) 1. cenderung menunjukkan reaksi atau mengambil tindakan setelah ber­lakunya sesuatu terhadap seseorang, sesuatu situasi dsb: mereka bertindak secara proaktif, bukannya ~, utk mendampingi keseluruhan masyarakat setempat; dgn demikian, pe­rencanaan kita lebih bersikap ~ kpd keadaan krisis yg mendadak; 2. (Kim) dapat atau cenderung bertindak balas secara kimia dgn berbagai-bagai bahan: litium adalah kurang ~ drpd logam-logam lain; metana adalah stabil dan tidak ~ di dlm udara.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas