Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ba.na] | ربان

Definisi : sj gendang yg di sebelah sahaja dipasang kulit; berebana bermain rebana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ba.na] | ربان

Definisi : = rebanar; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar kelona, Smilax megacarpa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ba.na] | ربان

Definisi : gendang yg hanya sebelah saja dipasangi kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebana

Puisi
 

Pukul rebab pukul rebana,
     Pukul lesung rumah Encik Ali;
Apa sebab apa kerana,
     Minta tolong syariat nabi.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIKIR REBANADIKIR REBANA, nyanyian tradisional berunsur keagamaan yang terkenal di Pahang yang disebut juga dikir Pahang. Dikir ini dinamakan dikir rebana kerana orang yang berdikir menggunakan rebana sebagai alat pengiring. Dikir rebana dinyanyikan dalam upacara tertentu seperti perkahwinan, kenduri kesyukuran, majlis berkhatan dan perayaan maulid Nabi.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
REBANA UBI

REBANA UBI, sejenis rebana besar iaitu alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon. Alat ini berbunyi lantang dan dimainkan secara berkumpulan. Rebana ubi popular di kalangan masyarakat terutamanya di Kelantan.

BUDAYAAlat/Alatan
REBANA

REBANA, alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon (membronophone). Alat muzik ini mempunyai kerangka yang bulat yang diperbuat daripada kayu dan sebelah mukanya ditutupi oleh kulit binatang. Rebana berbunyi lantang. Ianya berfungsi untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Melayu tradisi atau sesuatu upacara perarakan rasmi. Biasanya atal muzik ini dimainkan secara berkumpulan atau berpasangan.

BUDAYAAlat/Alatan
KOMPANG

Kompang, alat muzik paluan berbentuk rebana

yang berbingkai. Alat ini dipercayai berasal dari

Timur Tengah. Ia pada mulanya digunakan oleh

saudagar Arab untuk menarik minat pembeli

dalam sesuatu pesta jualan. Apabila Islam

berkembang di Nusantara, rebana dan kompang

diperkenalkan ke dalam masyarakat melayu untuk

upacara berunsur keagamaan.

UMUM 
RODAT

RODAT, sejenis persembahan nyanyian dan tarian yang dipersembahkan sambil memukul rebana. Rodat yang berkembang di rantau ini dipercayai berasal dari tanah Arab. Perkataan ‘rodat’ itu adalah singkatan ‘hadzrah Baghdad’ atau dikir Baghdad. Rodat popular di Terengganu. Rodat ini dibawa ke Terengganu dari Indonesia. Di daerah Sambas, terdapat sejenis tarian yang dinamakan ‘redat’ yang menyerupai rodat yang berkembang di Terengganu.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
HADRAH

HADRAH, seni pentas yang mengandungi nyanyian, tarian dan lakonan diiringi paluan rebana dan gong. Hadrah mempunyai kaitan dengan zaman awal Tamadun Islam di Tanah Arab kerana nyanyian hadrah mengandungi perkataan Arab. Hadrah biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan atau berkhatan di Perlis, Kedah, Seberang Perai dan Perak.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ENDANG

ENDANG, tarian yang berasal dari Minangkabau dan kemudiannya dibawa ke Negeri Sembilan. Nama ‘endang’ diambil daripada nama salah satu alat muzik tradisional Melayu Minangkabau iaitu sejenis gendang kecil atau rebana yang berloceng (tamborin). Endang biasanya dipersembahkan dalam majlis keramaian.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
DIKIRDIKIR, satu upacara agama atau pengabdian diri kepada Tuhan yang diamalkan oleh kumpulan agama. Dikir berasal daripada istilah Arab, zik’r. Dikir atau zikir mempunyai beberapa maksud, iaitu doa atau puji-pujian kepada Allah yang diucapkan secara berlagu atau tidak atau dengan cara berulang-ulang; doa atau puji-pujian berlagu seperti dalam perayaan maulid Nabi, yang sering kali diiringi alat muzik seperti kompang atau rebana; dan lagu atau nyanyian berpantun secara beramai-ramai seperti dalam persembahan dikir barat.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
CAKLEMPONG

CAKLEMPONG, kumpulan muzik tradisional dari Minangkabau, Indonesia.  Caklempong atau dikenal juga sebagai telempong dan caklempong dirujukkan kepada sejenis alat muzik yang bergema (idiofon).  Persembahan caklempong diiring oleh alat muzik lain seperti bonang, rebana, gong, seruling, bangsi dan bio;a.  Fungsi utama persembahan caklempong adalah untuk menghibur dan menyalurkan nilai murni.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas