Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; per­bincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu; bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh; mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengu­rang­­­­kan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; keredaan perihal reda, ketenangan, ke­aman­an, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan sua­sana, ~ suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réda/ dgn ikhlas; rela. meredai menerima sesuatu dgn reda; merelai: Dia ~ segala kudrat Allah. meredakan membenarkan (melepaskan dll) dgn ikhlas; mengizinkan; merelakan: Dia ~ pemergian anaknya. keredaan perihal atau keadaan reda; keikhlasan; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 mula berkurang; hampir berhenti (bkn hujan ribut atau angin): Sebentar kemudian, angin dan hujan pun ~. 2 semakin kurang (bkn kemarahan, penyakit dll): Kemarahannya sudah mula ~. Tangisannya masih belum ~. meredakan menjadikan atau menyebabkan reda; menenangkan: Ia berjaya ~ kemarahan orang tua itu. keredaan keadaan atau hal reda; ketenangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reda
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,
Rujuk :rela

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Pel-Ebstein) Demam berombak yang suhunya turun naik dalam penyakit Hodgkin, yang berlaku setiap hari dan mencapai kemuncak suhu 40°C atau lebih selepas hari kelima. Demam ini perlahan-lahan reda selepas 10 hingga 14 hari. (UBAT) penetration needle (jarum penusukan) Jarum berjirim 100 g yang digunakan dalam ujian penusukan untuk mengukur secara biasa kekonsistenan bahan simen atau asfalt. (KEJ) penetration risk (risiko jadi semula) Risiko sesuatu kerosakan genetik yang muncul sekali dalam sesebuah ke- luarga untuk menjelma kembali dalam anak seterusnya. (BIO) recurrent (rekuren) Perihal penyakit yang muncul semula setelah reda beberapa ketika. (UBAT) recurrent parent (induk jadi semula) Induk kacuk balik. (BIO) recursion formula (rumus rekursi) Perhubungan dalam bentuk persamaan beza yang biasanya membolehkan se- seorang mengira sebutan ke-( n

Kembali ke atas