Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; per­bincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu; bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh; mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengu­rang­­­­kan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; keredaan perihal reda, ketenangan, ke­aman­an, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan sua­sana, ~ suara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réda/ dgn ikhlas; rela. meredai menerima sesuatu dgn reda; merelai: Dia ~ segala kudrat Allah. meredakan membenarkan (melepaskan dll) dgn ikhlas; mengizinkan; merelakan: Dia ~ pemergian anaknya. keredaan perihal atau keadaan reda; keikhlasan; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 mula berkurang; hampir berhenti (bkn hujan ribut atau angin): Sebentar kemudian, angin dan hujan pun ~. 2 semakin kurang (bkn kemarahan, penyakit dll): Kemarahannya sudah mula ~. Tangisannya masih belum ~. meredakan menjadikan atau menyebabkan reda; menenangkan: Ia berjaya ~ kemarahan orang tua itu. keredaan keadaan atau hal reda; ketenangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reda
1. Bersinonim dengan berhenti: sidang, redup, teduh, sereyat,

2. Bersinonim dengan berkurangan: semakin kurang, semakin pulih, semakin baik,

Kata Terbitan : meredakan, keredaan,
Rujuk :rela

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regressreda; rosotKomunikasi MassaTiadaTiada
regressredaPerubatanTiadaTiada
regressredaPerubatanTiadaTiada
regressredaKejuruteraanTiadaTiada
regressredaKejuruteraanTiadaTiada
lullredaGeografiTiadaTiada
التراضreda-meredaiAgama IslamFiqhPersetujuan yang berlaku di antara dua pihak yang terlibat dalam sesuatu akad.
lullreda anginMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan apabila kelajuan angin berkurang buat seketika.
taradiysaling redaPerniagaan IslamTiada1. Persetujuan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu akad. 2. Persetujuan pihak berakad tanpa sebarang unsur paksaan atau penipuan, salah nyata dan salah anggap. Taradiy merupakan manifestasi persetujuan antara pihak yang berkontrak seperti akad jual beli, sewa dan hadiah. Akad yang terbukti wujud unsur yang menjejaskan persetujuan seperti salah nyata boleh menyebabkan akad asal terbatal.
dying depressiondaerah tekanan rendah redaGeografiTiadaSistem tekanan rendah yang semakin lemah melalui masa.
123

Kembali ke atas