Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.dup] | ردوڤ

Definisi : 1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung: hari pun ~, tiadalah tampak akan cahaya matahari; 2. agak gelap kerana dilindungi awan, tidak panas terik: matahari ~; 3. berasa panas (kerana cuaca mendung); 4. ki kurang cahayanya, suram (mata, wajah, dll), kurang terang atau hampir padam (nyala api); 5. berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dll); 6. mulai berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dll): ribut itu pun ~; 7. sayup-sayup (bunyi-bunyi): gemercik air sayup-sayup dan desau angin ~; 8. tidak gembira, susah hati (perasaan dll): ia menyahut dgn ~; ~-~ alang = ~-~ bahasa agak redup (gelap, suram) sedikit; meredup menjadi redup (tidak terang); meredupkan menjadikan redup, menyuram­kan, dll; keredupan perihal redup: ~ petang me­nambahkan kesunyian di ladang itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.dup] | ردوڤ

Definisi : 1 tidak terang (bkn cuaca); berawan (langit); agak mendung: Hari ini ~. 2 kurang cahayanya; suram (bkn mata, wajah dll). meredup menjadi redup: Wajahnya kian ~. meredupkan menjadikan atau menyebabkan redup. keredupan keadaan redup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
redup
Rujuk :teduh

Puisi
 

Hari redup menyemai padi,
     Wak Dolah menanam jagung;
Kalau hidup tidak berbudi,
     Duduk salah berdiri canggung.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hari ini patutlah redup (= panas keras).

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dull daylightredupKomunikasiTiadaTiada
low-keysiaran redup (rtv), nada rendahKesenianTiadaTiada
low-keysiaran redup (rtv),KomunikasiTiadaTiada
shade glasskaca redupPerikananTiadaTiada
shade planttumbuhan redupBiologiEkologiTumbuhan yang lazimnya ditanam untuk melindungi tanaman. Misalnya, pokok getah, Hevea sp. yang menaungi pokok koko, Theobroma cacao.
shade loving planttumbuhan suai redupLandskapTiadaPokok yang hidup subur di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari.
shade loving planttumbuhan suai redupLandskapTiadaPokok yang hidup subur di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari.
helioskiophytehelioskiofitBiologiEkologiTumbuhan yang dapat hidup dalam redup dan juga di bawah cahaya matahari, tetapi hidup dengan lebih baik di bawah cahaya matahari.
soft lightcahaya lembutKomunikasiTiadaLimpahan cahaya remang atau redup dengan bayang-bayang minimum yang terhasil daripada sumber cahaya yang dipancarkan melalui gel atau pembaur.
skiophylousskiofilusBiologiEkologiBerkaitan dengan tumbuhan yang mempunyai daun yang tolerans terhadap keadaan redup.
12

Kembali ke atas