Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.for.ma.si] | ريفورماسي

Definisi : (réformasi) perubahan atau pem­baharuan yg mengarah kpd keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan ke­budayaan sesebuah masyarakat: maka lahir­lah ~ gereja Protestan yg memisahkan diri dr gereja Katolik; bahasa Melayu sedang mengalami ~; mereformasi membuat reformasi pd: ke­perluan utk ~ sistem pendidikan agama yg ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
reformasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :baharu, pembaharuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Mohon pandangan tentang terjemahan berikut: Many contemporary reforms call for content-rich, learner-centered teaching, which emphasizes conceptual understanding and gives all students opportunities to think critically, solve problems, and learn things that matter to them and having meaning in the world outside of school. Banyak reformasi dalam pendidikan menuntut pengajaran yang kaya isi kandungan dan berpusatkan pelajar, di samping menekankan pemahaman konseptual dan memberi peluang kepada semua pelajar untuk berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, dan mempelajari perkara yang penting dan bermakna bagi mereka di dunia luar daripada sekolah. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Kebanyakan reformasi dalam pendidikan menuntut pengajaran yang kaya dengan isi kandungan dan berpusatkan pelajar, di samping menekankan pemahaman konseptual dan memberi peluang kepada semua pelajar untuk berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, dan mempelajari perkara yang penting dan bermakna bagi mereka di dunia luar daripada sekolah.Penyemakan dan penterjemahan29.11.2016
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) cultural infusion between the north and south – pengharmonian budaya @ penerapan / asimilasi budaya antara bahagian utara dengan bahagian selatan?? (2) artistic conception @ artistic mood - konsepsi artistik?? (3) put oneself into others’ shoes – memikirkan dari sudut orang lain?? (4) Classical Prose Movement – Kempen / Gerakan Prosa Klasik @ Kempen/gerakan reformasi susastera?? (5) modes of ancient Chinese music - mod muzik China purba? (6) literary creation – penciptaan karya sastera @ pengkaryaan sastera? (7) conditions for life – syarat kehidupan? Keadaan kehidupan? Keperluan kehidupan? (8) great man – insan yang hebat/ unggul/ terpuji/ mulia @ personaliti unggul? (“Great man” di sini merujuk kepada seseorang yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai aspirasi yang jitu, jujur dan lurus serta mengamalkan cara hidup yang ringkas dan sederhana) Terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. cultural infusion between the north and south: pemaduan budaya utara dan selatan

2. artistic conception: konsepsi seni/konsepsi artistik

3. artistic mood: suasana seni/suasana artistik

4. put oneself into others’ shoes: meletakkan diri pada situasi orang yang berkaitan 

5. Classical Prose Movement: Gerakan Prosa Klasik

6. modes of ancient Chinese music: mod muzik China purba 

7. literary creation: penciptaan karya sastera 

8. conditions for life: keadaan kehidupan

9. great man: insan hebat/insan unggul 



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna30.07.2021
1.Aslkm.Tuan, apabila kita menulis teks pengacaraan, mana satukah yang tepat- menulis nama tetamu kemudian jawatannya atau menyebut jawatannya dahulu baru nama tetamu. 2.Apakah makna perkataan road show dalam bahasa malaysia? 3. Apakah maksud perkataan rausyanfikir? 4. Adakah betul cara menulis angka di bawah 10 dengan menggunakan perkataan? terima kasih1. Dalam situasi pengacaraan, kami cadangkan saudara mendahulukan jawatan dan diikuti dengan nama. 2. Terjemahan road show ialah jerayawara. 3. Bahasa Parsi yang bermaksud pemikir reformasi celik atau ahlifikir.  4. Kenyataan saudara adalah betul, nombor sepuluh dan ke bawah ditulis dengan perkataan.Penyemakan dan penterjemahan15.11.2008
Assalamualaikum. Saya Hafez dari Bandar Baru Bangi. Saya nak tanya makna perkataan kleptokrat / kleptokrasi? Terima kasih.Salam sejahtera, Kleptokrasi terdiri daripada perkataan ‘klepto’ iaitu pencuri dan ‘cracy’ yang bermaksud pemerintahan. Terma kleptokrasi mula digunakan oleh sarjana sosiologi iaitu S. Andreski dalam beberapa tulisannya seperti The African Predicament: A Study in the Pathology of Modernisation. Andreski (Ellis 2008:451) merujuk kleptokrasi sebagai “a system of government [that] consists precisely of the practice of selling what the law forbids to sell”. Takrifan Andreski tersebut, secara literalnya kleptokrasi difahami sebagai satu sistem kerajaan yang mengandungi amalan ‘menjual apa sahaja yang dilarang oleh undangundang’. Hal ini bermaksud bahawa fungsi organ-organ kekuasaan dalam kerajaan ditentukan oleh mekanisma permintaan dan penawaran atau supply and demand dan bukannya undang-undang dan peraturan. Dalam erti kata lain, kleptokrasi adalah berdasarkan sistem pasaran. Kekuasaan yang dimiliki oleh kerajaan ditukar dengan sogokan dan wang demi memperoleh keuntungan dan kekayaan peribadi pemerintah. Fungsi kerajaan telah bertukar daripada memberi perkhidmatan kepada rakyat kepada menjalankan perniagaan demi kepentingan peribadi pemerintah. Hal ini mengakibatkan sumbersumber awam dilarikan oleh individu yang dinamakan kleptokrat melalui amalan rasuah untuk kepentingan peribadi. (Petikan di ambil daripada artikel prosiding Kerajaan Kleptokratik Pasca Reformasi dan Impaknya terhadap Pendemokrasian di Malaysia dan Indonesia oleh Mohd Izzuddin Nazaruddin & Mohamad Agus Yusoff (2017). E-Proceeding of the 6th International Conference on Social Sciences Research 2017)Lain-lain25.05.2018

Kembali ke atas