Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. make fresh, revive, menyegarkan: a warm bath will ~ you, mandi air suam akan menyegarkan kamu; he ~ed himself with a cool drink, dia menyegarkan dirinya dgn minuman sejuk; 2. replenish, menambahkan + approp n: let me ~ your glass, biar saya tambahkan minuman dlm gelas tuan; they entered the hut and ~ed the fire, mereka masuk ke pondok itu dan menambahkan kayu pd api; to ~ o’s memory, mengingatkan semula sst: during the lecture, he kept looking at his notes to ~ his memory, semasa dia berceramah, dia selalu sahaja melihat notanya utk mengingatkan semula butir-butir ceramahnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata refresh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud refresh dari segi penggunaaan layar web?Istilah "refresh" dalam bidang Teknologi Maklumat boleh diterjemahkan sebagai "segar semula". Contoh penggunaan istilah ini ialah "refresh rate" yang diterjemahkan sebagai "kadar segar semula", manakala "refresh memory" diterjemahkan sebagai "ingatan segar semula". Istilah02.10.2020
Apakah terjemahan yang sesuai digunakan untuk perkataan 'refresh' dan 'loading' yang sering digunakan dalam komunikasi komputer dan internet?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu dalam bidang Teknologi Maklumat untuk "refresh" dan "loading" ialah segar semula dan pemuatan .Istilah10.06.2014
Saya ingin menterjemah ayat ini bagi satu laman web. Boleh saya tahu jika ianya betul? This page seems to be broken... Refresh to fix it or try another page. Terjemahan: Halaman ini nampaknya rosak... Muat semula untuk memperbaikinya atau cuba halaman lain. Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi This page seems to be broken... Refresh to fix it or try another page ialah "Halaman ini sedang mengalami masalah ... Muat semula untuk membaiki atau cuba halaman yang lain."Makna04.10.2022
Saya nak buat aduan. Mengapa selalu juga ada 5xx error dalam website DBP, maksudnya sehingga refresh banyak kali masih sama error yang muncul. Kadang-kadang perkara ni menyukarkan pencarian maklumat di DBP. Harap DBP boleh selesaikan masalah ini secepat mungkin.Salam sejahtera, Terlebih dahulu pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami akan mengenalpasti masalah tersebut dan akan mengambil tindakan penambahbaikan dengan kadar yang segera. Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak saudara kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.Lain-lain09.11.2020
Assalamualaikum, Mohon bantuan pihak DBP untuk mencari istilah yang sesuai bagi Perceived Behavioural Control. Sekian Terima KasihAssalamualaikum, Mohon bantuan pihak DBP untuk mencari istilah yang sesuai bagi Perceived Behavioural Control.
Tiada padanan istilah ini dalam pangkalan data DBP. DBP mencadangkan padanan "Kawalan Perilaku Anggapan" berdasarkan  Ajzen (1988) mendefinisikan Perceived Behavioral Control (PBC) sebagai berikut : “this factor refresh to the perceived ease or difficulty peforming the behavior and it assume to reflect past experience as well as anticipates impediment and obstacles”.  Amat perlu untuk puan menyatakan bidang yang menggunakan frasa ini agar padanan yang diberikan oleh DBP  menepati konsep bidang yang puan perlukan.
Lain-lain02.01.2014

Kembali ke atas