Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar bulan ketujuh dlm tahun Hijrah, bulan Mikraj. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg ketujuh dlm tahun Hijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rejab

Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Rendam serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap rasa sebulan,
     Rasa bercerai seribu tahun.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
Rejabbulan yg ketujuh dlm tahun Hijrah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
RejabAr bulan ketujuh dlm tahun Hijrah, bulan Mikraj.Kamus Dewan Edisi Keempat
Rejabbulan yg ketujuh dlm tahun Hijrah.Kamus Pelajar
bulan kenduri apamRejab;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesempatanpeluang utk, waktu yg terluang utk: Rejab mengambil ~ itu utk melarikan diri; hal ini tidak memberikan ~ kepadanya utk membalas; pd ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa kekerasan dan campur tangannya secara tentera;Kamus Dewan Edisi Keempat
kenduri apamkenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab);Kamus Dewan Edisi Keempat
Israk mikrajperistiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam ke Masjidilaqsa, seterusnya naik ke langit, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah).Kamus Pelajar Edisi Kedua
Israk MikrajAr peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd malam hari dr Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah).Kamus Dewan Edisi Keempat
kenduri Iperjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara ber­bagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas sela­matnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri.Kamus Dewan Edisi Keempat
Israkperistiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam di Mekah ke Masjidilaqsa di Baitulmuqaddis. ~ mikraj peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pd waktu malam dr Masjidilharam ke Masjidilaqsa, seterusnya naik ke langit, lalu kembali ke Mekah pd malam yg sama, yg berlaku pd 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas