Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.jim] | ريجيم

Definisi : (réjim) sistem kerajaan, pemerintahan, atau pentadbiran: ~ penjajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.jim] | ريجيم

Definisi : /réjim/ sistem pentadbiran atau pemerintahan sesebuah kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rejim (kata nama)
Bersinonim dengan pemerintahan, kerajaan, kekuasaan, kedaulatan, kepimpinan, pentadbiran, pengurusan, sistem politik.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MOHON DBP ambil tindakan dan siasat satu keratan akhbar bertarikh 12 Mei 2021, tentang Gaza di bedil, di dalam perenggan terakhir editor telah mengeluarkan kenyataan berhubung penduduk Palestin adalah penunjuk perasaan semasa Israel menghalau rakyat Palestin dari kediaman sendiri,. Ayat itu tidak sesuai di gunakan ibaratkan macam menyokong tindakan rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Kerana rakyat berkenaan hanya mempertahankan hak dan agama Islam serta tempat masjid ke 3 suci , mohon DBP siasat dan minta sinar harian buat permohonan maaf terbuka dan menarik balik keratan tersebut. Ini adalah sensitif agama , bangsa dan saudara Islam.
Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.
Sekiranya ada maklumat lain, pihak tuan juga boleh mengemukakan aduan terus kepada Editor Sinar Harian untuk tindakan selanjutnya. 
Lain-lain12.05.2021

Kembali ke atas