Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.jim] | ريجيم

Definisi : (réjim) sistem kerajaan, pemerintahan, atau pentadbiran: ~ penjajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.jim] | ريجيم

Definisi : /réjim/ sistem pentadbiran atau pemerintahan sesebuah kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rejim (kata nama)
Bersinonim dengan pemerintahan, kerajaan, kekuasaan, kedaulatan, kepimpinan, pentadbiran, pengurusan, sistem politik.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mass transfer regimerejim pemindahan jisimKejuruteraanKejuruteraan KimiaRejim pemindahan jisim yang berlaku pada keadaan suhu yang lebih tinggi daripada rejim resapan dalam. Dalam rejim ini mangkin tersangat aktif dan tindak balas berlaku pada kawasan berhampiran permukaan mangkin. Kadar tindak balas hanya dihadkan oleh pemindahan jisim dari bendalir pukal ke kawasan berhampiran permukaan mangkin.
internal diffusion regimerejim resapan dalamKejuruteraanKejuruteraan KimiaRejim resapan yang berlaku pada keadaan suhu yang lebih tinggi daripada rejim tindak balas intrinsik. Dalam rejim ini kadar resapan meningkat per unit keupayaan resapan, tetapi kadar tindak balas intrinsik meningkat secara eksponen. Oleh itu, keupayaan lebih tinggi diperlukan bagi proses resapan dan ini menyebabkan keupayaan yang kurang untuk memacu tindak balas kimia. Dengan ini, kecerunan kepekatan bahan tindak balas terbentuk di antara bendalir pukal dengan permukaan mangkin.
thick boundary layer theoryteori lapisan sempadan tebalKejuruteraanKejuruteraan KimiaTeori bagi penyelesaian kes rejim aliran antara rejim aliran lapisan sempadan nipis dengan rejim aliran inersia.
regimerejimSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan atau pengurusan yang mempunyai bentuk pemerintahan yang signifikan atau dikenali umum. Konsep rejim ini terhasil ekoran daripada sebuah pemerintahan yang panjang atau dikuasai oleh pemimpin yang istimewa, kontroversi atau terkenal. Rejim turut melambangkan satu jangka waktu pemerintahan seperti rejim Soeharto pada dekad 1970-an dan 1980-an di Indonesia. Pemerintahan ini juga boleh bersifat demokratik atau autoritarian. Walaupun begitu, penggunaan istilah rejim lebih cenderung menonjolkan sifat negatif dalam pemerintahan.
regimerejim; regimGeografiTiadaRejim: Sifat gerakan sebuah sungai di dalam usaha mencapai pelarasan dengan alurnya.
regimerejim; regimGeologiTiadaRejim: Sifat gerakan sebuah sungai di dalam usaha mencapai pelarasan dengan alurnya.
regimerejim; regimKejuruteraanTiadaRejim: Sifat gerakan sebuah sungai di dalam usaha mencapai pelarasan dengan alurnya.
homogeneous reaction regimerejim tindak balas homogenKejuruteraanKejuruteraan KimiaRejim tindak balas yang berlaku pada keadaan suhu yang tinggi dalam fasa bendalir ambien tanpa memerlukan bantuan mangkin.
intrinsic reaction regimerejim tindak balas intrinsikKejuruteraanKejuruteraan KimiaRejim tindak balas yang berlaku pada permukaan mangkin sahaja pada keadaan suhu yang rendah kerana keupayaan yang diperlukan untuk fluks resapan adalah kecil.
puppet regimerejim bonekaSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang memerintah berpandukan arahan pihak lain atau mengikut telunjuk kuasa luar yang sebenarnya menguasai kerajaan tersebut dari belakang tabir. Rejim ini memiliki imej yang boleh diterima orang ramai seperti terdiri daripada golongan tempatan, bumiputera, bersifat baik dan mempunyai keturunan pemerintah sebelum ini. Pemerintah ini diberi imbuhan atau kedudukan yang baik asalkan menurut arahan dan tidak boleh menjalankan sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu perintah yang bertentangan dengan kepentingan pihak luar tersebut. Hal ini bermakna, pemerintah boneka sebenarnya tidak bebas dan terpaksa mendengar arahan dan telunjuk kuasa luar. Rejim boneka ini diwujudkan untuk kepentingan golongan yang mempunyai kuasa tetapi tidak mahu kehadirannya disedari oleh orang ramai. Contohnya, kerajaan Pinochet di Chile pada tahun 1971 yang menjatuhkan Allende hasil daripada bantuan Amerika Syarikat.
12345678910...

Kembali ke atas