Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yg menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dsb): pengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~ kapal terbangnya yg pertama; mereka bentuk membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dll); pereka bentuk orang yg mereka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réka bentuk/ corak atau bentuk sesuatu yg direka. mereka bentuk membuat reka bentuk sesuatu (spt kereta, rumah). pereka bentuk orang yg membuat reka bentuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
program designreka bentuk atur caraTeknologi MaklumatPerisianReka bentuk pembinaan pelan atau model bagi menghasilkan suatu atur cara yang diingini. Terdapat pelbagai reka bentuk atur cara dalam reka bentuk sistem. Lihat juga reka bentuk sistem.
alternative designreka bentuk alternatifLandskapTiadaReka bentuk selain reka bentuk utama.
design alternationpenyelangan reka bentukLandskapTiadaProses memilih reka bentuk daripada beberapa alternatif reka bentuk yang disediakan.
package designreka bentuk bungkusan; reka bentuk pekKesenianTiadaSubsubbidang Seni Reka perindustrian yang berkaitan dengan reka bentuk bungkusan lagi sesuatu barangan yang telah dihasilkan untuk dipasarkan.
essayreka bentuk contohPentadbiran PerniagaanTiada1. Reka bentuk contoh: Reka bentuk setem yang telah dihasilkan tetapi belum dicetak dalam bentuk setem.
total designreka bentuk menyeluruhKesenianTiadaReka bentuk sesuatu barangan yang mengambil kira semua aspek reka bentuk yang berkaitan dengannya.
Automobile DesignReka Bentuk AutomobilKesenianTiadaSubbidang reka bentuk pengangkutan yang menumpukan kajian dan penghasilan reka bentuk automobil.
Automotive DesignReka bentuk AutomotifKesenianTiadaSubbidang Reka Bentuk Pengangkutan yang menekankan aspek yang berkaitan dengan reka bentuk kenderaan berenjin.
artificial designreka bentuk buatanLandskapTiadaReka bentuk yang lebih memberi tumpuan kepada daya kreatif manusia serta menggunakan bahan buatan. Contohnya, reka bentuk taman formal.
design inversionpembalikan reka bentukLandskapTiadaGubahan atau carak suatu reka bentuk yang dibalikkan untuk mendapatkan satu reka bentuk yang serupa tetapi bertentangan kedudukannya.
12345678910...

Kembali ke atas