Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ka.an] | ريکاءن

Definisi : , reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ka.an] | ريکاءن

Definisi : (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ka.an] | ريکاءن

Definisi : 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ré.ka.an] | ريکاءن

Definisi : sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
made-up storycerita rekaan; berita rekaanKomunikasiTiadaTiada
made-up storycerita rekaan; berita rekaanPentadbiranTiadaTiada
principal designrekaan utamaKesenianTiadaRekaan yang dijadikan sebagai asas dalam menentukan arah perkembangan rekaan selanjutnya.
electic designrekaan elektikKesenianTiadaRekaan yang menggabungkan idea, konsep, metodologi dan sebagainya untuk melahirkan satu rekaan yang unggul.
design weightberat rekaanKejuruteraan AutomotifTiadaBerat kenderaan yang direka dan disesuaikan untuk proses rekaan agar prestasi pada berat ini berada pada tahap optimum. Contoh berat rekaan untuk kereta dengan lima tempat duduk ialah berat kosong ditambah dua penumpang (seorang pemandu dan seorang penumpang), kargo seberat 14 kilogram (7kg x 2 penumpang) ditambah berat tangki minyak penuh.
effective cadmium cutoffpenggalan kadmium berkesanFizikAtom dan NuklearNilai tenaga bagi sesuatu konfigurasi eksperimen yang ditentukan oleh syarat bahawa rangsangan pengesan tidak akan berubah jika penutup kadmium yang mengelilingi pengesan diganti dengan penutup rekaan. Penutup rekaan ini bersifat legap terhadap neutron dengan tenaga di bawah paras nilai tenaga, sebaliknya telus terhadap neutron bertenaga melebihi paras nilai tenaga.
inventionrekaanKesusasteraanTiadaRekaan: Daya kreatif yang asli dari segi pemikiran, stail/gaya, diksi, imajan atau plot.
native designrekaan asalKesenianTiadaRekaan yang dihasilkan berdasarkan kepada ciri atau identiti tempat asal.
primitive designrekaan primitifKesenianTiadaRekaan yang mempunyai bentuk atau ciri-ciri yang kuno.
utilitarian designrekaan utilitarianKesenianTiadaRekaan yang menekankan aspek kepenggunaan sesuatu barangan.
12345678910...

Kembali ke atas