Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rekod
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :catat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rekod(rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ men­capai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan doku­men lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catat­an orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik; merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; ~ pergerakan kapal.Kamus Dewan Edisi Keempat
setiausaha1. orang yg diambil bekerja utk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dsb) utk orang perseorangan atau utk sesebuah pertubuhan; 2. pegawai yg mengendalikan pentadbiran dll sesuatu kementerian (jabatan dsb), orang yg mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dsb: Ketua S~ Kemen­terian Luar Negeri; ~ Persatuan Sejarah Malaysia; ~ akhbar setiausaha kpd menteri yg tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan se­terusnya mengurus penyiarannya dlm akhbar; ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tu-gas atau berkhidmat secara sukarela (tidak di­beri gaji atau upah); ~ parlimen setiausaha kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn parlimen; ~ peribadi setiausaha yg mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-­tugas rasminya; ~ politik setiausaha kpd men­teri dlm urusan yg bersangkutan dgn politik; ~ sulit setiausaha yg mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dsb seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dsb; ~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yg bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb syarikat; kesetiausahaan (segala urusan) yg berkait­an dgn tugas atau profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas