Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.la.tif] | ريلاتيف

Definisi : (rélatif) bkn sesuatu yg berdasarkan perbandingan atau saling berkait dgn sesuatu yg lain, tidak mutlak, nisbi, bandingan: se­benarnya kesopanan itu satu konsep ~; kini usia kemerdekaan telah memberikan pe­ngalaman kehidupan yg secara ~ boleh di­katakan memadai sehingga pd satu pering­kat; kerelatifan perihal (keadaan dsb) relatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la.tif] | ريلاتيف

Definisi : /rélatif/ secara perbandingan: kekerapan ~ kekerapan sesuatu (kejadian dll) berbanding dgn jumlah keseluruhannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata relatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kesalahan kata hubung pancangan relatif

Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut;

1. Budak yang sedang membaca itu adik saya

2. Buk yang dibeli oleh Ahmad itu buku Sejarah.

Tatabahasa11.02.2010
Salam sejahtera, saya difahamkan bahawa “yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja” merupakan predikat ayat. Pertama, bolehkah kata relatif “yang” dapat membentuk predikat ayat? Kedua, antara ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu ialah ayat relatif. Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan ‘yang’. Persoalannya, adakah “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja.” itu ayat majmuk pancangan relatif? Penjelasan pihak tuan dapat meleraikan kemusykilan yang didepani penguna-penguna bahasa. Sekian, terima kasih.

1.    Kata relatif “yang” boleh menjadi sebahagian daripada predikat, akan tetapi tidak boleh menjadi penanda predikat.

2.    Ayat “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja.” merupakan ayat majmuk pancangan relatif.

Nota: Kami mohon maaf atas kekeliruan jawapan sebelum ini.

Tatabahasa23.11.2018
apakah penggunaan "yang" yang betul?

Puan,

Kata "yang" merupakan kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh penggunaan dalam ayat :

i. Budak yang sedang membaca adik saya. ii. Saya membeli baju yang berwarna hijau. iii. Yang indah itu bahasa.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

Tatabahasa24.02.2010
Salam sejahtera. Pihak tuan menyatakan bahawa kata relatif “yang” boleh menjadi sebahagian daripada predikat, tetapi tidak boleh menjadi penanda predikat. Frasa “tidak boleh menjadi penanda predikat” agak mengelirukan. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata relatif ialah perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Dengan ini, “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja” adalah tidak gramatis. Saya mengatakan demikian kerana ayat ini bukan ayat tunggal mahupun ayat majmuk pancangan. Kalau ayat tunggal, yang mana subjek dan yang mana predikat? Kalau ayat majmuk pancangan relatif, yang mana klausa utama, yang mana klausa kecil? Sekian, terima kasih.Penanda predikat yang dimaksudkan ialah pola ayat, iaitu Subjek + Predikat dan predikat boleh terdiri daripada Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif atau Frasa Sendi Nama. Kami bersetuju dengan pandangan tuan, frasa “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja” adalah tidak gramatis kerana kerana tiada predikat melengkapkan ayat. Kami mohon maaf atas kekeliruan jawapan yang diberikan sebelum ini.Tatabahasa29.11.2018
Bagaimanakah kita boleh membezakan sama ada ayat tersebut memerlukan kata hubung pancangan relatif 'yang' ataupun tidak?Kata relatif "yang" digunakan apabila hendak menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain, seperti: Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah.Tatabahasa30.05.2011
Apakah kata hubung pancangan dan kata hubung relatif?

Saudara,

Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. 

Kata hubung relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah 'yang'. 

 

  

Tatabahasa05.08.2010
BGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBEZAKAN PENGGUNAAN AYAT KOMPLEMEN DAN RELATIF YANG GRAMATIS.ADAKAH PENGGUNAAN KATA KERJA TRANSITIF 'MEMBERITAHU ' BOLEH DIIKUTI 'BAHAWA'?BAGAIMANA PULA AYAT...MENYATAKAN YANG DAN MENYATAKAN BAHAWA.TQ

Cara untuk membezakan penggunaan ayat komplemen dan ayat relatif adalah dengan merujuk penggunaan kata hubung yang digunakan dalam ayat tersebut. Ayat komplemen menggunakan kata hubung bahawa dan untuk, manakala ayatrelatif menggunakan kata hubung yang (penanda relatif). Kata kerja transitif hendaklah diikuti dengan objek, bukan kata hubung (bahawa). Kedua-dua kata tersebut boleh digunakan dalam membina ayat, cuma kata hubung bahawa digunakan dalam membina ayat majmuk pancangan.

Tatabahasa09.09.2008
adakah ayat ini betul???? -Yang turut menghadiri majlis pertunangan itu ialah keluarga menteri besar? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan perkataan 'yang' pada hadapan ayat dengan betul???Ayat pertama betul. Yang merupakan kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh penggunaan yang dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. Yang berjaja kain itu jiran saya.ii. Yang indah itu bahasa. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 252.   Tatabahasa15.06.2008
Tuan, tugas kata hubung pancangan relatif ialah menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Saya ingin bertanya, apakah maksud klausa kecil dan cara mengenalnya? Terima kasih.Klausa kecil juga dikenali sebagai klausa tak bebas, iaitu klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Sebagai contoh, rujuk ayat pancangan relatif 'Mereka menonton drama yang disukai ramai'. Mereka menonton drama (klausa bebas/klausa utama) yang (kata hubung pancangan relatif) disukai ramai (klausa tak bebas/klausa kecil). Maka, ciri utama klausa kecil ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Anda boleh merujuk Tatabahasa Dewan halaman 433-434 untuk lebih keterangan lanjut.Tatabahasa22.02.2017
Tuan, ayat mana yang betul? (1) bau harum durian menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah atau (2) bau harum durian yang menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah"Yang" ialah kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Ayat "bau harum durian" ialah klausa utama dan "menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah" ialah klausa kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "bau harum durian yang menusuk hidung, memenuhi ruang tamu rumah."Tatabahasa16.05.2012
1234567

Kembali ke atas