Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.dah] | رنده

Definisi : 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (som­bong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg ber­pen­dapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) per­mulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan di­anggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutu­nya); orang ~ orang biasa yg tidak ber­pangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat; merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat meng­untungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya; merendahkan 1. menjadikan rendah, me­nurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; ~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki me­nurunkan (memberi) rezeki; merendah-rendahkan memandang atau meng­­­­­anggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak ber­­­kualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; rendahan yg rendah (tidak penting) pangkat­nya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu; kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi ke­hina­­an, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; perendahan perihal (perbuatan dsb) me­rendahkan, perihal (proses dsb) merendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.dah] | رنده

Definisi : ; riuh-~ riuh gemuruh, sangat riuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.dah] | رنده

Definisi : 1 tidak jauh jaraknya dr bawah; tidak tinggi: bangunan yg ~; pokok yg ~. 2 tidak nyaring (bkn suara); perlahan: bercakap dgn suara yg ~. 3 tidak mulia budi (hati); hina: ~ akhlak; ~ budi. 4 tidak mahal; murah: Harga getah ~ sekarang. 5 tidak banyak (bkn pendapatan dll); sedikit: golongan yg berpendapatan ~. 6 tingkat permulaan: sekolah ~. 7 tidak penting; bawahan (bkn pangkat atau kedudukan): pegawai ~. 8 kurang baik (bkn mutu): barang yg mutunya ~. 9 be­lum maju lagi; mundur: keadaan hidup yg masih ~. ~ hati (diri) tidak sombong; baik hati. merendah 1 menjadi rendah; menurun: Dengkurnya mula ~. 2 berlaku rendah hati; berlaku tidak sombong: Jika berhadapan dgn sesiapa pun, dia sentiasa ~. ~ hati (diri) menganggap diri sendiri rendah; tidak menyombongkan diri. merendahkan 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri membongkok supaya rendah. rendahan yg rendah pangkatnya (orang, pegawai dsb); bawahan. kerendahan 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Rendah gunung tinggi harapan.

Bermaksud :

Harapan yang sangat besar.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
inferior2. second-rate, mediocre, kurang + approp adj or v; (of work, product, etc) bermutu rendah, /rendah, kurang baik/ mutunya; (of workmanship) kurang baik, bermutu rendah: we were served an ~ dinner, kami dihidangkan makanan malam yg kurang memuaskan; an ~ sculptor, pengukir yg kurang mahir; they manufacture ~ products, keluaran mereka bermutu rendah; the workmanship is ~, buatannya kurang baik; ~ goods, barang bawahan; 3. (of quality) rendah; 4. (tech) having lower position, bawahan: ~ court, mahkamah bawahan; 5. (astron) inferior: ~ planets, planet inferior;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
casten kasta; ~ mark, tanda kasta; be of /low, high/ ~, berkasta /rendah, tinggi/, /rendah, tinggi/ kastanya; lose ~, darjat [sso] jatuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
low 1 12. (of musical note, pitch) deep, rendah: she has a pleasant ~-pitched voice, dia mempunyai suara bernada rendah yg merdu; he played a few ~ notes on the cello, dia memainkan beberapa not yg rendah nadanya dgn selo tersebut; 13. (of latitudes) rendah: the tropical regions are in the ~ latitudes, kawasan-kawasan tropika terletak di latitud rendah; 14. mean, contemptible, keji, jelik: what a ~ thing to do!, kejinya perbuatan itu!; 15. (phon) rendah: a ~ vowel, vokal rendah; 16. (of gear) rendah; 17. (of battery) lemah: my car’s battery is ~, bateri kereta saya lemah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lower 1 3. of less importance in hierachy, position, etc, rendah; (of animal, plant) peringkat rendah: the ~ ranks of the army, pangkat rendah dlm angkatan tentera; the amoeba is one of the ~ animals, ameba ialah salah satu drpd haiwan peringkat rendah; 4. reduced in amount, value, lebih rendah: I’m afraid that you’ll have to settle for a ~ price, maaf, anda harus terima harga yg lebih rendah; 5. /(geol), (sometimes L~) awal: L~ Pleistocene, Pleistosen Awal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
juniorschoolchildren whose ages range between 7 and 11, sekolah rendah; (ref to school, class) rendah: all the ~ boys were allowed to go home early, semua murid sekolah rendah dibenarkan pulang awal; the ~ netball competition, pertandingan bola jaring sekolah rendah; he is in the ~ school, dia murid sekolah rendah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inferioradj 1. low in status, rank, position, etc, rendah: a man of ~ birth, lelaki yg berkedudukan rendah; he holds an ~ position in the firm, kedudukannya di syarikat itu rendah; make so. feel ~, membuat sso berasa rendah diri: she is so well read, she makes me feel ~, pengetahuannya begitu luas, dan ini membuat saya berasa rendah diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
humilityn rendah hati: with all ~, dgn segala rendah hati; a man of ~, seorang yg rendah hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
low 1 adj 1. not high, measuring only a little from base to top, rendah: a ~ wall surrounded the house, tembok rendah mengelilingi rumah itu; the ~ hills to the west of the town, bukit-bukit rendah di bahagian barat pekan tersebut; 2. (rel to position) not elevated, rendah: the sun was ~ in the sky, matahari rendah di langit; the plane was flying at a ~ altitude, kapal terbang itu terbang rendah; she made a ~ curtsey to the king, dia tunduk rendah kpd raja itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
low 1 adv 1. in or to a position close to the ground or bottom of st, rendah: the village is situated ~ in the foothills, kampung itu terletak rendah di kawasan kaki bukit; the plane was flying ~, kapal terbang itu terbang rendah; he bowed ~, dia membongkok rendah utk memberi hormat; 2. at a low pitch, nada rendah: she was singing ~, dia menyanyi dgn nada rendah; 3. in a condition of depletion, berkurang: the stocks of food are running ~, bekalan makanan semakin berkurang; 4. at a low price, dgn harga yg /rendah, murah/: he bought ~ and sold high, dia membeli dgn harga yg rendah dan menjualnya dgn harga yg tinggi; 5. softly, perlahan: she switched the radio on ~ as it was getting late, dia memasang radio perlahan krn hari sudah larut malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
underratevt memandang rendah: many of the sports writers ~ this player, kebanyakan penulis sukan memandang rendah pemain ini; his opponents ~ his strength, lawan-lawannya memandang rendah kekuatannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas