Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.dah] | رنده

Definisi : 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (som­bong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg ber­pen­dapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) per­mulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan di­anggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutu­nya); orang ~ orang biasa yg tidak ber­pangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat; merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat meng­untungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya; merendahkan 1. menjadikan rendah, me­nurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; ~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki me­nurunkan (memberi) rezeki; merendah-rendahkan memandang atau meng­­­­­anggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak ber­­­kualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; rendahan yg rendah (tidak penting) pangkat­nya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu; kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi ke­hina­­an, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; perendahan perihal (perbuatan dsb) me­rendahkan, perihal (proses dsb) merendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.dah] | رنده

Definisi : ; riuh-~ riuh gemuruh, sangat riuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.dah] | رنده

Definisi : 1 tidak jauh jaraknya dr bawah; tidak tinggi: bangunan yg ~; pokok yg ~. 2 tidak nyaring (bkn suara); perlahan: bercakap dgn suara yg ~. 3 tidak mulia budi (hati); hina: ~ akhlak; ~ budi. 4 tidak mahal; murah: Harga getah ~ sekarang. 5 tidak banyak (bkn pendapatan dll); sedikit: golongan yg berpendapatan ~. 6 tingkat permulaan: sekolah ~. 7 tidak penting; bawahan (bkn pangkat atau kedudukan): pegawai ~. 8 kurang baik (bkn mutu): barang yg mutunya ~. 9 be­lum maju lagi; mundur: keadaan hidup yg masih ~. ~ hati (diri) tidak sombong; baik hati. merendah 1 menjadi rendah; menurun: Dengkurnya mula ~. 2 berlaku rendah hati; berlaku tidak sombong: Jika berhadapan dgn sesiapa pun, dia sentiasa ~. ~ hati (diri) menganggap diri sendiri rendah; tidak menyombongkan diri. merendahkan 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri membongkok supaya rendah. rendahan yg rendah pangkatnya (orang, pegawai dsb); bawahan. kerendahan 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Rendah gunung tinggi harapan.

Bermaksud :

Harapan yang sangat besar.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
rendah kolesterol atau kolesterol rendah dan rendah lemak atau lemak rendah , jika kita mahu beriklan"GLICEMIC INDEX rendah " atau " rendah GLICEMIX INDEX" ? Terima Kasih.Dalam pangkalan data kami istilah yang ada ialah rendah kolesterol dan lemak rendah. Istilah yang dibina daripada frasa lemak rendah lebih banyak dalam pangkalan data kami. Oleh itu, kami cadangkan frasa Glisemik Indeks Rendah.Istilah02.07.2012
Yang mana lebih tepat dari segi tatabahasa. Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau Kurikulum Sekolah Rendah Standard.Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermaksud kurikulum yang standard bagi sekolah rendah; manakala Kurikulum Sekolah Rendah Standard bermaksud kurikulum sekolah rendah yang standard. Kami berpandangan Kurikulum Sekolah Rendah Standard lebih tepat kerana yang diperkatakan adalah tentang kurikulum sekolah rendah.Tatabahasa05.12.2016
Apakah perbezaan antara rendah hati dan rendah diri? Adakah sikap rendah diri nilai murni?

Mengikut buku Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, ‘rendah hati/diri’ ialah sikap tidak sombong; baik hati, pemurah. Secara umumnya kedua-dua sikap ini merupakan tabiat (budi pekerti) yang baik. Namun, secara terperinci, dalam data kami ada istilah ‘kompleks rendah diri’ dalam istilah psikologi yang membawa maksud keadaan fikiran yang me­nyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri.

Istilah13.05.2014
"Healthy Low Sugar" - sepatut menterjemah ke 1. Rendah Gula Sihat 2. Gula Rendah Sihat 3. Sihat Gula Rendah 4. Sihat Rendah Gula

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk healthy low sugar ialah "kandungan gula rendah yang sihat" bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau aras bahasa.

Makna25.02.2022
Ayat mana yang betul?Kata Penguat dengan Kata Ganda diguna bersama. 1) riuh-rendah 2) sangat riuh-rendah 3) sangat riuh-rendah sekali TQKetiga-tiga ayat ini boleh digunakan.Tatabahasa08.05.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah perbezaan simpulan bahasa yang biasa ditulis di dalam surat permohonan/jemputan ini: 1. Rendah hati 2. Rendah diri Yang mana satukah lebih sesuai digunakan di dalam surat permohonan/jemputan? Maksud di dalam carian google tidak konsisten. Tetapi berkisar kepada rasa rendah. Secara umum, samada merendahkan kemampuan diri atau tidak sombong. Kedua-dua definisi ini digunapakai secara silih berganti. "Permohonan" dan "Jemputan" juga adalah dua situasi yang berbeza yang mungkin memberi implikasi kepada penggunaan dua simpulan bahasa yang tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih. ArnidaWassalam,

Mengikut Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua, kedua-dua simpulan tersebut terakam dan membawa maksud yang tidak jauh berbeza. 1. Rendah diri = perasaan hina: "Orang yang hendak maju hendaklah hilangkan perasaan rendah diri". 2. Rendah hati = tidak sombong: "Walaupun berpangkat tinggi tetapi dia seorang yang rendah diri". Merujuk kedua-dua kamus ini, simpulan bahasa yang sesuai untuk permohonan dan jemputan ialah "Rendah Diri".
Lain-lain29.01.2019
Manakah yang betul?: 1. Guru-guru di sekolah-sekolah rendah. 2. Guru di sekolah-sekolah rendah. 3. Guru-guru di sekolah rendah.Frasa yang betul, "guru di sekolah-sekolah rendah" dan "guru-guru di sekolah rendah".Tatabahasa09.12.2014
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan dengan pelaksanaan 'low carbon society' di universiti saya. Soalan saya adalah, apakah terjemahan yang sebetulnya bagi frasa 'Low Carbon Society'? adakah ianya: 'Masyarakat Rendah Karbon'; 'Masyarakat Karbon Rendah' atau 'Masyarakat Berkarbon rendah'?Dalam data kami, belum terdapat padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan Low Carbon Society. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan Persekitaran Berkarbon Rendah bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan18.01.2017
Salam. Apakah perbezaan antara pendek dan rendah? Yang manakah sesuai digunakan untuk manusia? Lekaki itu pendek. Atau Lekaki itu rendah.Perkataan pendek dan rendah membawa maksud yang hampir sama bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya: Lelaki itu pendek / Lelaki itu rendah dan Lagu yang dinyanyikan olehnya bernada rendah (bernada pendek - salah).Tatabahasa07.07.2022
Ribuan terima atas penjelasan tuan tentang isu kata ganda. Di sini saya ingin bertanya lagi, kata ganda adakah juga membawa maksud "sangat" ? contohnya, frasa : sangat riuh-rendah. adakah betul? riuh-rendah adakah bermaksud sangat riuh? Dengan demikian, frasa "sangat riuh-rendah" salah, kerana "sangat sangat riuh"? Mohon pencerahan. Terima kasih. 2. Mengikuti keterangan daripada pihak tuan tentang bunga itu sangat cantik-cantik. sangat ialah kata penguat. cantik-cantik bermaksud "semua cantik" dan bukan "sangat cantik". Dalam hal ini, kalau saya ingin menerangkan bahawa bunga itu semuanya sangat cantik, mengapakah tidak dapat ditulis : "Bunga itu sangat cantik-cantik" ?Kata “sangat” bukan kata ganda tetapi merupakan kata penguat yang berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Frasa yang betul ialah sangat riuh atau riuh-rendah.
Bunga itu sangat cantik-cantik kurang tepat. Bagi maksud bunga semuanya cantik, cadangan kami ialah Semua bunga sangat cantik.
Tatabahasa05.06.2021
12345678910...

Kembali ke atas