Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Buys Ballot's lawhukum Buys BallotMeteorologiMeteorologi PerhubunganHukum yang menerangkan perhubungan antara arah angin mendatar dalam atmosfera dan taburan tekanan. Sekiranya pencerap membelakangin angin di hemisfera utara, tekanan di sebelah kirinya lebih rendah daripada tekanan di sebelah kanannya. Di hemisfera selatan, perhubungan ini adalah sebaliknya. Hukum ini dirumus oleh Buys Ballot, ahli meteorologi Belanda, pada tahun 1857 sebagai kenyataan kualitatif persamaan angin geostrofi.
cut-off lowtekanan rendah terpisahMeteorologiMeteorologi PerhubunganTekanan rendah sejuk yang teralih keluar daripada arus baratan utama dan terletak di sebelah arah khatulistiwa.
side lowrendah sisiSukanTiadaPosisi sebelah kaki atau tangan di sisi badan ke bawah paras mendatar.
liquiduslikuidusKejuruteraanTiada1. Suhu paling rendah apabila sesuatu logam atau aloi adalah cecair sepenuhnya.,2. Lengkung, biasanya pada graf yang menghubungkan suhu dengan komposisi campuran, yang di sebelah atasnya hanya fasa cecair dapat wujud.
gelatinous fibregentian bergelatinPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGentian yang bersifat gelatin, yang dinding pada sebelah dalamnya mempunyai kandungan lignin yang rendah dan selulosa yang lebih tinggi daripada dinding sel normal. Gentian ini banyak terdapat pada kayu tegangan.
bass tom-tombes tom-tomKesenianTiadaBahagian perangkat dram berupa dram yang menghasilkan suara lebih rendah daripada tam-tam yang terletak di sebelah kiri pemain dram.
horizontal branchcabang mengufukMatematikTiadaCabang mengufuk: Jalur mengufuk di dalam gambar rajah Hertsprung-Russel tentang gugus globul, di sebelah kanan cabang raksasa yang terdiri daripada bintang sejisim rendah yang telah kehilangan jisimnya semasa dalam fasa raksasa merah, dan mempunyai magnitud mutlak yang lebih kurang sifar.
tropical airudara tropikaSainsHidrometeorologiJenis udara yang cirinya berkembang di kawasan latitud rendah. Udara tropika kelautan , iaitu jenis yang utama, dihasilkan di laut tropika dan subtropika. Ia amat hangat dan lembap, dan selalunya bertiup ke kutub di sebelah rusuk barat tekanan tinggi subtropika. Udara tropika kebenuaan dihasilkan di kawasan gersang subtropika, dan ia panas serta sangat kering.
cis fatty acidasid lemak cisMakanan dan PemakananTeknologi MakananSatu daripada isomer geometri asid lemak tak tepu yang mempunyai kumpulan berfungsi yang sama berada pada sebelah yang sama pada ikatan dubel. Takat lebur asid lemak cis adalah lebih rendah daripada takat lebur asid lemak trans. Banding asid lemak trans.
height of contourketinggian konturPergigianTiadaDarjah ketinggian cembung gigi di sebelah labial, bukal, lingual atau palatal. Contohnya darjah tertinggi kontur gigi posterior adalah di kawasan tengah korona. Ketinggian cembung gigi adalah penting kerana ia menolong menyesar bahan makanan daripada terimpak ke dalam krevis gingiva. Dalam membuat restorasi, kontur ketinggian ini harus dikembalikan seperti dalam keadaan biasa kerana jika ia rendah, keimpakan makanan ke dalam krevis gingiva akan berlaku. Jika ia terlalu tinggi, tisu gingiva tidak akan mengalami rangsangan.
12

Kembali ke atas