pinagapat(Ir.) | pinagapat(Ir.) | Kesenian | Tiada | Motif tenunan berunsur keadaan berbentuk cabik atau sobek dalam pelbagai bentuk yang menggunakan teknik colek. renek-renek |
complimentary shrub | pokok renek pelengkap | Landskap | Tiada | Pokok renek ya ng digunakan untuk melengkapi gubahan tanaman. |
border shrubs | pokok renek sempadan | Landskap | Tiada | Pokok renek yang ditanam di pinggir taman untuk menandakan sempadan atau sebagai pagar. |
evergreen shrub | pokok renek malar hijau | Landskap | Tiada | Pokok renek yang berdaun hijau sepanjang tahun tanpa mengira musim. |
shrub rejuvenation | rejuvenasi pokok renek | Landskap | Tiada | Pertumbuhan semula tunas baharu pokok renek setelah dipotong hingga ke pangkal pokok asal. |
heading back | pangkas mulih | Landskap | Tiada | Teknik mencantas pokok renek tua untuk menggalakkan pertumbuhan semula pokok tersebut. Pokok renek ini perlu dicantas sehingga hampir ke pangkalnya. |
shrub | pokok renek | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan berbatang keras dan tumbuh tidak lebih daripada 6 meter. Contohnya, pokok senduduk (Melastoma malabathricum), siantan (Ixora spp.) atau pokok teh (Camellia sinensis). Pokok renek biasanya mempunyai banyak cabang yang berdaun lebat. Rupa bentuk pokok ini mudah dikawal dengan cara pencantasan. |

shrub | renek | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis berkayu tanpa batang utama. Tumbuhan ini bersaiz kecil dan bercabang rendah. Contohnya, senduduk (Melastoma malabathricum), kapal terbang (Chromolaena odoratum) dan bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis). |
shrub | renek | Botani | Tiada | Tumbuhan saka yang berkayu dan rendah. Tumbuhan ini mempunyai beberapa cabang yang keluar dari pangkalnya yang berhampiran dengan tanah, tanpa batang utama. Contohnya, pokok senduduk dan pokok bunga raya. |