Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : (réngsa) 1. lemah badan, tidak ber­tenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid me­nyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pen­dedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : (réngsa); ~ sengsara = remuk ~ menderita kesusahan hidup, berasa sangat sengsara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : /réngsa/ 1 tidak bertenaga; lemah badan; malas utk melakukan sesuatu. 2 = ~ sengsara, remuk ~ berasa sangat sengsara; menderita kesusahan hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : /réngsa/; merengsa sukar atau susah utk sembuh (bkn penyakit, luka dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[réng.sa] | ريڠسا

Definisi : /réngsa/ tidak menyenang­kan; mengganggu. merengsakan me­nyebabkan berasa terganggu atau berasa tidak senang. kerengsaan keadaan atau rasa terganggu (tidak senang): Ubat itu dpt menghilangkan ~ pd mata. perengsa sesuatu yg mengganggu atau yg tidak menyenangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rengsa
Rujuk :malas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counterirritationkaunter rengsaPerubatanTiadaTiada
counterirritantpembalas rengsaFarmasiFarmakologiAgen yang menyebabkan radang setempat, contohnya pada permukaan kulit bagi menghilangkan kesakitan atau keradangan pada bahagian dalaman badan. Contoh agen ini ialah metil salisilat (minyak meruap) dan kapsaisin
acridakridPerubatanTiadaPerihal rengsa atau pedih.
cantharidinkantaridin; CantharidinPerubatanTiada, digunakan untuk merawat rengsa yang kini jarang digunakan.
reflex coughbatuk refleksPerubatanTiadaBatuk akibat rengsa pada salur pernafasan.
dermoreactiontindak balas kulitPerubatanTiadaTindak balas radang atau rengsa pada kulit akibat penyakit berjangkit.
cutireactiontindak balas kutisPerubatanTiadaTindak balas radang atau rengsa pada kulit.
calcium lactatekalsium laktatKimiaTiadaSerbuk putih tak berbau dan hampir tak berasa, kurang rengsa berbanding dengan kalsium klorida, digunakan secara oral atau parenteral sebagai alternatif kalsium glukonat.
cedar oil poisoningkeracunan minyak sedarKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan minyak sedar, iaitu minyak yang disuling daripada daun Thuja occidentalis. Bahan ini digunakan sebagai agen pengguguran, dan secara dalaman sebagai ubat enuresis dan gangguan haid, serta digunakan secara luaran sebagai agen yang melawan rengsa. Dos berlebihan boleh mengakibatkan konvulsi.
onchocercaonchocercaPerubatanTiadaSuatu genus parasit cacing mematod daripada superfamili Filaroidea. Cacing dewasa hidup dan membiak di dalam modul di kulit, manakala cacing anak dari modul tersebut yang di sebut mikrofilaria merayap di bawah kulit dan seterusnya di angkut oleh limfa ke beberapa bahagian tubuh. Perayapan cacing ini menyebabkan rengsa pada bahagian yang berkenaan, dan kecederaan teruk jika terdapat pada mata.

Kembali ke atas