Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ni/] | رنيق

Definisi : halus, kecil; hujan ~-~ hujan rintik-rintik; liang ~ Id liang (rongga) yg kecil-kecil; neraca ~ Id timbang utk mengukur barang yg halus-halus; padi ~ padi yg halus bijinya; merenik-renik bertitik-titik (gerimis dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ni/] | رنيق

Definisi : halus: hujan ~-~ hujan rintik-rintik. merenik-renik bertitik-titik halus (gerimis dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renik (adjektif)
Bersinonim dengan renyai-renyai, rintik-rintik, rebas, gerimis, renai, rana;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah merujuk kepada Koleksi Lembar Bahasa 2000-2001 dan 2007. Ada beberapa kekeliruan: 1. cap (tera/cetak) - cap (apa kesalahan ejaan tersebut? Adakah istilah cop yang dimaksudkan?) 2. istirehat - isytirahat. Istilah mana yang tepat? Isytirahat atau istirahat? 3. diubah suai - diubahsuai. Mengikut buku Tatabahasa dewan, kata majmuk berpasangan yang ditambah imbuhan apitan sahaja akan ditulis rapat, contoh ubah suai menjadi diubah suai sepatut masih ditulis terpisah tetapi dalam senarai Koleksi Lembar Bahasa tercatat sebagai yang betul ialah diubahsuai ? 4. Bandar raya - Bandar raya. Apa kesalahan ejaannya? Ada beberapa istilah yang betul tetapi dicatatkan salah ejaannya. 5. Definasi - Fefinisi. Adakah ini kesalahan menaip? 6. Cendekiawan atau cedekiawan? 7. Apa perkaitan renik (rendah) dengan ruang niaga? Terima kasih

Penggunaan kata/ejaan yang betul ialah cap, istirahat, ubah suai, diubah suai, bandar raya, definisi, cendekiawan, renek dan ruang niaga. Untuk maklumat lanjut rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang hendak dicari. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Ejaan11.12.2011

Kembali ke atas