Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ni/] | رنيق

Definisi : halus, kecil; hujan ~-~ hujan rintik-rintik; liang ~ Id liang (rongga) yg kecil-kecil; neraca ~ Id timbang utk mengukur barang yg halus-halus; padi ~ padi yg halus bijinya; merenik-renik bertitik-titik (gerimis dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ni/] | رنيق

Definisi : halus: hujan ~-~ hujan rintik-rintik. merenik-renik bertitik-titik halus (gerimis dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renik (adjektif)
Bersinonim dengan renyai-renyai, rintik-rintik, rebas, gerimis, renai, rana;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
renik-renikrenik-renikKesenianTiadaMotif tenunan berunsur keadaan berbentuk cabit atau sobek dalam pelbagai bentuk yang menggunakan teknik cobek.
bunga cabitbungaKesenianTiadaMotif tenunan berunsur keadaan berbentuk cabit atau sobek dalam pelbagai bentuk yang menggunakan teknik colek. renik-renik
arbutusarbutusPentadbiran PerniagaanTiadaGenus tumbuhan renik yang sentiasa hijau daripada Eropah Selatan dan Amerika Utara yang mengandungi biji beri berwarna merah menyala dan bunga merah jambu.
raspberryraspberiPentadbiran PerniagaanTiadaBuah daripada tumbuhan renik dari genus Rubus yang kecil, manis, berwarna kuning atau merah, boleh dimakan dan berjus.
manzanillamanzanilaPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang pokok kecil atau renik daripada genus Arctostaphylos, yang terdapat di Amerika Syarikat.
azaroleazarol (buah)Pentadbiran PerniagaanTiadaBuah daripada tumbuhan renik Crataegus azarolus di Eropah Selatan
Lawsonia inermisInaiPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Lythraceae adalah jenis renik. Batangnya licin dan berwarna kelabu. Daunnya kecil, berbentuk elips dengan tangkai daun pendek. Jambak bunganya jenis panikel, bunga kecilnya, berwarna putih atau merah jambu dan berbau wangi. Buahnya bulat dan kecil. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan dan kebudayaan. Daun inai digunakan oleh masyarakat arab, india sehingga ke Asia sebagai pewarna dan tonik rambut serta mewarna tangan dan kaki. Air rebusan daun bersama bunga diminum untuk merawat demam kuning, keputihan, sakit perut, sakit tekak, ulser dan mulut berbau. Daun yang telah dilumatkan ditampal untuk mengubati cagu dan luka.
inondilipung(Rgs.)inondilipung(Rgs.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk tumbuhan renik.
Barleria cristataLati duriPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae. Tumbuhan jenis renik yang mempunyai duri pada batang. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips-ovat dengan tulang daunnya berwarna merah. Jambak bunganya mengandungi brakta berwarna hijau. Bunganya berwarna kuning terbit di celah brakta. Batang, akar dan daunnya mengandungi polifenol. Batang juga mengandungi kalsium oksalat, asid formik, saponin dan flavonoid. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan terbiar, ladang getah serta dusun. Jus daun atau akar digunakan sebagai diaforetik dan ekpektoran. Air seduhan daun dan akar digunakan secara luaran untuk mengubati luka, bengkak, bisul, reumatisma, gigitan serangga dan ular. Bunga yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Orthosiphon stamineusMisai kucingPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae adalah jenis renik. Batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, berbentuk ovat dengan tepinya daun berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, orthosifonin saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba. Seduhan daun diminum untuk merawat kencing manis, batu buah pinggang dan tekanan darah tinggi.
123

Kembali ke atas