Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.tung] | رنتوڠ

Definisi : 1. terbakar hingga jadi abu (hangus): rumah dan harta benda habis ~; 2. terbakar hingga hitam: membakar ikan sampai ~; benda ~ benda yg (sudah) terbakar hangus; merentungkan menyebabkan rentung: ke­bakaran kali kedua yg berlaku tujuh tahun kemudian telah ~ beberapa buah bangunan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.tung] | رنتوڠ

Definisi : terbakar sampai hitam; terba­kar sampai hangus. merentungkan menyebabkan rentung: Kebakaran itu telah ~ beberapa buah kedai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentung (adjektif)
Bersinonim dengan hangit, hangus, terbakar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara hangus, hangit dan rentung? Terima kasihHangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). Rentung pula ialah terbakar hingga jadi abu (hangus): rumah dan harta benda habis ~; .Tatabahasa12.12.2013
Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Ayam yang digoreng oleh kakak telah________kerana api terlalu besar. A. Hangus B. Hangit C. Rentung D. Lemau Harap tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar".

Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama).
Tatabahasa12.12.2013
Hi, good day to you. 1. May i know how to translate the word of "burnout" or "burned out" to malay? does it shares the similar meaning of exhaustion? 2. the translation of "I feel used up at the end of the workday"Hasil carian dalam data PRPM kami, maksud burnout dalam bidang kejuruteraan dan komunikasi ialah bakar lebur, bakar habis, atau rentung. Maksud exhaustion dalam bidang psikologi dan perubatan ialah keletihan atau kelesuan.  Makna27.12.2018

Kembali ke atas