Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.pang] | رڤڠ

Definisi : papak atau rata (dipangkas), pepat: cucur atap yg ~; gigi yg ~; berepang (telah) direpang: rambutnya yg ~ pendek memang senang diurus; merepang memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan, menyamakan (hujung­nya): buluh itu direpang supaya rata; merepangkan merepang utk: dia ~ ibunya tepi kain yg berumbai-rumbai itu agar kelihatan lebih kemas; perepangan perihal (perbuatan, proses dsb) merepang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.pang] | رڤڠ

Definisi : tidak tinggi rendah; rata (spt dipangkas); pepat: Giginya ~. berepang telah dipangkas atau dipotong supaya rata: Rambutnya yg ~ pendek mudah diurus. merepang memangkas supaya rata; memepat supaya rata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
repang (adjektif)
Bersinonim dengan pepat, papak, rata;,
Kata Terbitan : merepang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, apakah maksud garis repang di bahagian bawah halaman? Terima Kasih
Selamat pagi
Repang  ialah proses meratakan. Oleh itu, dalam penerbitan sesebuah buku, garis repang di bawah halaman bermaksud mesin pemotong buku akan memotong buku mengikut saiz buku berkenaan selepas buku tersebut dicetak. Garis repang terdapat disekeliling sesebuah buku. Sekian, terima kasih.
Istilah01.06.2016

Kembali ke atas