Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.pub.lik] | ريڤوبليک

Definisi : (républik) negara yg sistem pe­me­rintahannya berdasarkan kuasa rakyat me­lalui wakil yg mereka pilih dan diketuai oleh seorang presiden; kerepublikan yg mempunyai ciri-ciri re­pub­­lik: doktrin ~ revolusi Perancis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.pub.lik] | ريڤوبليک

Definisi : /républik/ negara yg diketuai oleh seorang presiden yg dipilih oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata republik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Republik Hungary atau Republik Hungari?Republik HungaryTatabahasa08.01.2008
Republik Hungari atau Republik Hungary?Republik HungaryTatabahasa08.01.2008
Apakah nama dalam bahasa Melayu bagi negara "Central African Republic"? Adakah ianya "Republik Afrika Tengah" atau "Republik Tengah Afrika"? Daftar ini tiada dalam kamus online PRPM.Padanan “Central African Republic” dalam bahasa Melayu ialah Republik Afrika Tengah. Istilah10.01.2019
Adakah Czechia boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu sebagai gantian kepada Republik Czech? Terima kasih.Republik Czech merupakan terjemahan rasmi kepada Czech Republic. Sehubungan dengan itu, Republik Czech digunakan dalam konteks rasmi.Lain-lain27.04.2022
1. Mereka mendapat bantuan senjata dari/daripada Republik Rakyat China.Mereka mendapat bantuan senjata daripada Republik Rakyat China.Tatabahasa03.04.2012
Adakah atau terdapatkah kegunaan lain perkataan REPUBLIK/REPUBLIC selain daripada negara yang diketuai oleh presiden?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, republik bermaksud negara yang sistem pe­me­rintahannya berdasarkan kuasa rakyat me­lalui wakil yang mereka pilih dan diketuai oleh seorang presiden.Makna04.11.2013
Salam. Mohon pengesahan ejaan nama-nama negara dan kawasan ini bagi tulisan bahasa Melayu, serta ejaan Jawinya. 1.) 'Antigua dan Barbuda' atau 'Antigua and Barbuda' 2.) 'Bosnia dan Herzegovina' atau 'Bosnia and Herzegovina' 3.) 'Republik Afrika Tengah' atau 'Central African Republic' 4.) 'Dominika' atau 'Dominica' 5.) 'Republik Dominika' atau 'Dominican Republic' 6.) 'Ivory Coast' atau 'Cote d'Ivoire' 7.) 'Jamaika' atau 'Jamaica' 8.) 'Madagaskar' atau 'Madagascar' 9.) 'Kepulauan Marshall' atau 'Marshall Islands' 10.) 'Monako' atau 'Monaco' 11.) 'Saint Kitts dan Nevis' atau 'Saint Kitts and Nevis' 12.) 'Saint Vincent dan Grenadines' atau 'Saint Vincent and the Grenadines' 13.) 'Sao Tome dan Principe' atau 'Sao Tome and Principe' 14.) 'Skandinavia' atau 'Scandinavia' 15.) 'Kepulauan Solomon' atau 'Solomon Islands' 16.) 'Trinidad dan Tobago' atau 'Trinidad and Tobago' 17.) 'Ekuador' atau 'Ecuador' 18.) 'Kongo' atau 'Congo' 19.) 'Komoros' atau 'Comoros' 20.) 'Kolombia' atau 'Colombia' 21.) 'Tanjung Verde' atau 'Cape Verde'? Terima kasih.Senarai nama negara ini masih dalam peringkat penyemakan dan kami telah merujuk pakar untuk pengesahan. Setelah pengesahan diperoleh kami akan menghantar kepada tuan melalui e-mel.Ejaan25.11.2021
Dalam penulisan Bahasa Melayu, jika kata nama khas digunakan secara berulang, adakah perkataan tersebut menggunakan huruf besar atau kecil? Contoh: Kata Nama Khas: Triti Antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Uzbekistan mengenai Bantuan Bersama Undang-undang dalam Perkara Jenayah Dalam penulisan: Kementerian ini berpandangan Triti tersebut merupakan satu... Perkataan Triti tersebut sebetulnya dalam huruf besar atau kecil ya?Apabila tidak ditulis dalam frasa yang lengkap sebagai kata nama khas, triti berfungsi sebagai kata umum dan dieja dengan huruf kecil. Ejaan30.09.2022
Peristiwa apakah yang menyebabkan DBP memilih tarikh 16 Ogos 1977 untuk menerbitkan Risalah Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia?Peristiwanya adalah pada 16 Ogos 1972, bukan 1977   sempena kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kenyataan bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas-asas yang dipersetujui antara para ahli dari kedua-dua negara tentang ejaan baharu atau ejaan yang telah disempurnakan dan merasmikan pelaksanaan ejaan tersebut melalui pengumuman oleh Menteri masing-masing pada waktu yang sama.Lain-lain25.06.2008
1. N atau n yang betul dalam Negeri/negeri China ? 2.Mengikut teori, kata adjektif sahaja akan menerima imbuhan memper......Tetapi mengapa kata 'tingkat' (Kata nama/ bukan kata adjektif)menerima imbuhan memper dan bukannya memper.....kan. Tolong jelaskan. Terima kasih.

1. Merujuk Republik Rakyat China, istilah yang perlu digunakan ialah Negara China, bukan Negeri/negeri China.  

2. Perkataan 'tingkat' tergolong dalam kata  kerja, bukan kata nama atau kata adjektif.

Ejaan27.03.2009
12

Kembali ke atas