Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.pub.lik] | ريڤوبليک

Definisi : (républik) negara yg sistem pe­me­rintahannya berdasarkan kuasa rakyat me­lalui wakil yg mereka pilih dan diketuai oleh seorang presiden; kerepublikan yg mempunyai ciri-ciri re­pub­­lik: doktrin ~ revolusi Perancis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.pub.lik] | ريڤوبليک

Definisi : /républik/ negara yg diketuai oleh seorang presiden yg dipilih oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata republik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REPUBLIK AFRIKA SELATANNegara paling selatan di benua Afrika.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
REPUBLIK DOMINICA

Republik Dominica ialah negara merdeka di

Hindia Barat. Ia merupakan sebuah wilayah di Laut

Caribbean. Republik ini meliputi kawasan seluas

dua per tiga bahagian di timur Hispaniola, pulau

kedua terbesar di kepulauan Antilles Besar. Pulau

yang selebihnya dikuasai oleh Republik Haiti.

UMUM 
REPUBLIK AFRIKA TENGAH

Republik Afrika Tengah ialah negara yang

jarang penduduknya di tengah Afrika. Sebahagian

besar Republik Afrika Tengah adalah dataran

tinggi yang luas dan beralun dan diselang-seli

oleh lembah sungai yang dalam. Rumput dan

pokok yang tumbuh berselerak menutupi

sebahagian besar negara ini. Hutan hujan yang

tebal terdapat di barat daya, dan bahagian timur

laut yang paling jauh adalah kering-kontang.

Antelop, kerbau, gajah, gorila, singa, badak

sumbu, dan haiwan liar lain hidup di Republik

Afrika Tengah.

UMUM 
TENTERA REPUBLIK IRELAND (IRA)

Tentera Republik Ireland (IRA) ialah

pertubuhan ketenteraan yang berjuang untuk

menyatukan Republik Ireland yang merdeka

dengan Ireland Utara, yang merupakan sebahagian

daripada United Kingdom (UK).

UMUM 
REPUBLIK

Republik ialah sebarang bentuk kerajaan yang

mempunyai seorang pemimpin atau beberapa

pemimpin yang dilantik dalam tempoh pelantikan

yang tertentu. Perkataan republik juga merujuk

sesebuah negara yang mempunyai bentuk kerajaan

yang dilantik.

UMUM 
REPUBLIK ARAB BERSATU

Republik Arab Bersatu (U.A.R) ialah kesatuan

dua buah negara Timur Tengah yang merdeka,

iaitu Mesir dan Syria. Presiden Gamal Abdul

Nasser dari Mesir dan Presiden Shukri al-Kuwatly

dari Syria mengisytiharkan kesatuan ini pada 1

Februari 1958. Pemberontak Syria menamatkan

kesatuan ini pada 29 September 1961, dengan

menubuhkan kerajaan yang bebas bagi Syria.

Mesir terus menggunakan nama Republik Arab

Bersatu sehingga tahun 1971, apabila Mesir

menukar nama rasminya kepada Republik Arab

Mesir. Pada bulan April 1963, Mesir, Syria, dan Iraq

bersetuju membentuk Republik Arab Bersatu yang

baru. Tetapi, disebabkan perbezaan pendapat dan

politik di kalangan negara tersebut, perjanjian ini

tidak dapat dilaksanakan.

UMUM 
REPUBLIK CZECH

Republik Czech ialah negara yang terletak di

tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan

pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan

dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di

sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague

ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari

tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan

yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia

bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar

dikenali Czechoslovakia.

UMUM 
SERBIA

Serbia ialah salah satu daripada dua republik

Yugoslavia, selain Montenegro. Pada tahun 1918,

Serbia menjadi sebahagian daripada kerajaan

Serb, Croat dan Slovene, yang kemudiannya

dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia

menjadi sebuah negara persekutuan yang terdiri

daripada enam republik dan Serbia ialah republik

yang terbesar antara kesemuanya. Pada tahun 1991

dan tahun 1992, empat daripada republik itu, iaitu

Slovenia , Croatia, Macedonia, dan republik Bosnia-

Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan

mereka. Pada bulan April 1992, Serbia dan

Montenegro membentuk sebuah Yugoslavia yang

baharu dan lebih kecil.

UMUM 
REPUBLIK ARAB MESIR, SEJARAH.

Republik Arab Mesir, Sejarah. Mesir ialah

negara yang terletak di Timur Laut Afrika. Ia

disempadani oleh Laut Merah di Timur, Laut

Mediterranean di Utara, gurun Libya di Barat dan

Sudan di Selatan. Sungai Nil merupakan nadi

kehidupan di Mesir.

UMUM 
KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET (K.R.S.S.)

Kesatuan Republik Sosialis Soviet

(K.R.S.S.), juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet,

ialah negara Komunis pertama dan paling kuat di

dunia. Negara ini wujud dari tahun 1922 hingga

tahun 1991. Pada tahun 1991, Parti Komunis hilang

kuasa, dan Kesatuan Soviet berpecah menjadi

beberapa buah negara merdeka.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas