Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reruai

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan reruai dan barung?

Takrif reruai dan barung dalam Kamus Dewan Perdana:


reruai
n ruang bagi mempamerkan atau menjual produk atau perkhidmatan, biasanya sementara di gedung membeli-belah, tapak pameran dsb:
Pelbagai syarikat telekomunikasi mempunyai reruai dan kedai di Mara digital.

 
barungn kaunter atau pondok khas yg disediakan di pusat pengundian utk kemudahan pengundi membuat semakan ttg maklumat pengundian: Pd hari mengundi, semakan boleh dibuat di barung SPR yg disediakan di pusat-pusat mengundi.

Makna12.08.2023
Salam sejahtera tuan/puan, mohon pencerahan dengan perkataan "reruai" yang difahamkan membawa maksud "booth". Adakah perkataan "reruai" ini telah diterima pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka? Terima kasih.Salam sejahtera,

Perkataan reruai telah diterima pakai oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka yang membawa maksud kawasan terbuka dan terhad, tempat mempamerkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu.
Makna15.01.2018
Sha Saerah Sulaiman Salam..sy mencari buku tatatertib penjawat awam.tak silap terbitan dbpSila hadir ke reruai DBP di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 di Dewan Tun Hussein Onn. Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 bermula 28 April 2017 hingga 7 Mei 2017. Terima kasih.Lain-lain03.05.2017
Bolehkah "standee board" diterjemah menjadi "papan bergambar"? Ini dalam konteks papan bergambar susuk tubuh sesuatu watak animasi yang diletakkan dekat sebelah reruai syarikat.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah standee board ialah papan berdiri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah07.11.2023
Alep Maleq SN 11.34 PTG Boleh sy tahu. Ada tak buku berkaitan negeri sembilan dijual di galeri DBP di festival buku antarabangsa pwtc?Terima kasih Tuan. Sila datang ke reruai DBP di dalam Dewan Tun Hussein Onn di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017. Ada potongan harga yang cukup istimewa.Lain-lain01.05.2017
Selamat petang. Saya ada kemusykilan: mana satu yang betul di antara "jangan lupa untuk singgah ke booth kami" atau "janagn lupa untuk singgah di booth kami".Salam Sejahtera. Dicadangkan, "Jangan Lupa Singgah di Reruai Kami".Penyemakan dan penterjemahan18.03.2019
Ahmad Insaf Syarqawi AHA 4.50 PTG Ahmad Insaf Syarqawi Ahmad Salam Dekat Pesta Buku PBKL ada jual buku Mantik dan Etnomantik karangan Dr Mat Rofa Terbitan DBPAda tuan. Sila datang ke reruai DBP di Dewan Tun Hussein Onn untuk memperoleh buku tersebut. Terima kasih.Lain-lain30.04.2017
Apakah terjemahan yang sesuai untuk tempat duduk stail "booth seating" yang selalu terdapat di restoran lama?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah booth seating ialah tempat duduk reruai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.05.2023
Ata'ain Safinaz 13:43 Assalamualaikum.sy Safinaz pelajar Uia (postgrad) yg sedang cuti semester ketika ini..boleh sy tahu adakah ada kekosongan kerja /pembantu booth utk PBAKL 2017?Wassalam, Untuk maklumat puan/cik, tiada kekosongan kerja untuk jawatan reruai DBP PBAKL 2017.Lain-lain26.04.2017
Apakah penggunaan perkataan yang betul untuk digunakan sebagai tanda pagar atau untuk siaran media sosial dan 'photo booth'? Saya telah divaksin. Saya telah divaksinasi. Saya telah mendapat vaksin. Apakah terjemahan yang betul untuk 'photo booth'? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya telah divaksinasi" atau "Saya telah mendapat vaksin". Cadangan terjemahan yang sesuai bagi photo booth ialah reruai foto atau kios fotoMakna06.07.2021
12

Kembali ke atas