Bolehkah tuan/puan menerangkan perbezaan antara 'adat istiadat' dan 'adat resam'? Adakah perbezaan itu dalam Bahasa Inggeris "customary ceremony" vs 'customary practices'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud istiadat ialah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan dan resam. Manakala maksud resam menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula ialah peraturan yang menjadi adat atau adat yang dipakai turun-temurun. Maka kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang sama. | Makna | 19.08.2016 |
Apakah maksud adat resam. | Mengikut data kami, adat resam ialah adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum, daerah dan lain-lain. | Makna | 14.01.2015 |
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini. | Sila rujuk bahan ini : Adat resam dan adat istiadat Melayu | Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986 Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007 "Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996 Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003 Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002 Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002 | Lain-lain | 03.05.2008 |
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Adat Resam di dalam satu persatuan ataupun kelab? 2. Peranan dan tanggungjawab, | 1. Adat Resam dalam persatuan atau kelab merujuk kepada perkara lazim dan kebiasaan yang telah diterima oleh majoriti anggota atau ahli sesuatu persatuan/kelab tersebut. 2. Peranan dan tanggungjawab yang dimaksudkan ialah tatacara serta jadual kerja yang biasanya telah digariskan kepada seseorang yang memegang jawatan tersebut. | Lain-lain | 09.02.2009 |
Apakah beza dua frasa ini? 1. Adat resam 2. tradisi | “Adat resam” bermaksud adat (aturan) yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (daerah dll), merangkumi kebiasaan atau kelaziman manusia daripada segi perbuatan, berpakaian, makan, menghias diri dan sebagainya. Manakala “tradisi” ialah sesuatu kebiasaan merangkumi aspek (adat, kepercayaan, cara hidup, dll) yang telah diamalkan sejak lama dan diwarisi secara turun-temurun daripada generasi kepada generasi seterusnya dan menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb). | Makna | 07.05.2020 |
bincangkan slah satu adat resam dan tabu masyarakat melayu dahulu dan kini | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: | Lain-lain | 03.05.2008 |
Tuan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bukan : 1.=bukannya. Antara ayat, "Bukannya mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana." dengan, "Bukan mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana."; Adakah terdapat perbezaan dari segi penekanan maksud atau penekanan terhadap mana-mana (subjek atau objek) dengan menggantikan perkataan 'bukan' dengan 'bukannya'? Sekiranya ada, apakah yang ditekankan dalam ayat ini dan mengapa? Atau tiada apa-apa perbezaan langsung? Terima kasih. | Perkataan "nya" dalam konteks yang tersebut berfungsi sebagai penegas, boleh hadir atau digugurkan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 07.01.2015 |
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenian | Sila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986 | Lain-lain | 20.06.2007 |
bolehkah pihak tuan membantu saya dalam memberi difinisi berkaitan dengan perkataan "kesantunan"?selain daripada kesantunan bahasa apalagi dalam budaya,tradisi,adat resam bangsa malaysia yang menggambarkan "kesantunan"? | Kesantunan bermaksud perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti), baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan. Oleh itu, konsep kesantunan ini luas dan ada dalam pelbagai aspek kemasyarakatan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bicara Bahasa Kesantunan Berbahasa Asas Keperibadian Mulia, terbitan DBP Wilayah Timur, 2007 dan Panduan utamakanlah kesantunan berbahasa, terbitan DBP, 1992. | Tatabahasa | 22.02.2010 |
Apa beza tatasusila dengan tatacara | Tatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |