Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sap] | رسڤ

Definisi : hilang, lenyap, lesap: cecair itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya; meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai; meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke dlm tubuhku; teresap sudah diresapkan (diserapkan), ter­masuk dalam-dalam (rata-rata); resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pe­ngaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap; peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sap] | رسڤ

Definisi : tidak kelihatan lagi; hilang drpd pandangan; lesap: Tuan puteri pun ~lah, tiada ketahuan halanya. meresap 1 masuk ke dlm liang atau lubang (bkn cecair); menyerap: Apabila hujan turun, airnya ~ perlahan-lahan ke dlm tanah. 2 ki masuk benar ke dlm hati (bkn nasihat dll): Segala nasihat orang tua itu ~ di hatinya. meresapi meresap pd; masuk ke seluruh bahagian: Salji di atas bumbung khemah itu cair dan ~ kain khemah lalu menitik ke dalam. meresapkan 1 membiarkan meresap rata-rata; menyerapkan. 2 ki menyerapkan (nasihat, fahaman dll) ke dlm hati, fikiran dsb. teresap sudah diresapkan. resapan apa-apa yg telah meresap. peresapan perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
A and B printingpercetakan A dan BKomunikasiTiadaKaedah menghasilkan imej komposit seperti imej resap, resap masuk dan resap keluar di dalam pencetak akhir tanpa menggunakan proses pendua.
fade time controlkawal masa resapPendidikanTiadaKaedah mengawal kewujudan atau kejelasan isyarat audio atau video secara resap melalui kawalan masa.
diffuseresap; baur; samar; selerakanFizikTiadaTiada
diffuseresap; baur; samar; selerakan; melanturKesusasteraanTiada1. Melantur: Menggunakan terlalu banyak perkataan misalnya dalam penulisan.
diffuseresap; baur; samar; selerakanLinguistikTiadaTiada
diffuseresap; baur; samar; selerakanPerubatanTiadaTiada
diffuseresap; baur; samar; selerakanKejuruteraanTiadaTiada
diffuseresap; baur; samar; selerakanKimiaTiadaTiada
diffuseresap; baur; samar; selerakanPertanianTiadaTiada
diffuseresap; baur; samar; selerakanPsikologiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas