Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[res.dung] | رسدوڠ

Definisi : sj penyakit hidung yg disebabkan oleh radang pd membran sinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[res.dung] | رسدوڠ

Definisi : penyakit hidung yg disebabkan oleh radang pd membran di bahagian hidung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resdung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Epipremnum giganteumakar resdungHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Araceae yang dikenali juga sebagai rengut. Daunnya panjang dan lebar, dan tersusun secara berselang. Akar pernafasannya tumbuh daripada batang dan terjuntai. Akar ini berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida. Tumbuhan ini hidup secara melekat dan memanjat pada batang pokok. Akar yang telah dikeringkan dibakar hujungnya kemudian dihisap seperti rokok, dan asapnya dikeluarkan melalui hidung untuk mengubati resdung.
Epipremnum giganteumAkar resdungPertanianTiadaTumbuhan ini juga dikenali sebagai rengut dalam famili Araceae. Herba ini hidup secara melekat dan memanjat di batang pokok. Mempunyai daun lebar dan panjang yang tersusun berselang di batang. Herba ini mempunyai akar pernafasan yang terbit dari batang yang terjuntai ke bawah. Akar ini berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida. Akar pernafasan ini digunakan sebagai bahan ubatan. Akar yang telah dikeringkan dibakar hujungnya kemudian dihisap seperti rokok. Asapnya disedut dan dihembus menggunakan hidung.
KecubungDatura metelPertanianTiadaSejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi.
Datura metelkecubungHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik yang boleh menyebabkan khayal, dan boleh menghilangkan sakit gigi.
RemiguCalotropis giganteaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asclepediaceae ini juga dikenali sebagai rembega, remiga, lembiaga dan kemengu. Pokok jenis renik ini mempunyai batang berbulu putih. Daunnya berbentuk elips dan tangkai daunnya pendek. Daun muda dipenuhi bulu. Bunganya berwarna putih atau ungu muda. Buahnya jenis folikel berbiji keras. Tumbuhan ini sering kali dijumpai hidup liar di kawasan berpasir di tepi laut. Akarnya mengandungi saponin, kalotropin, kalotoksin, uskarin, kalaktina. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid, polifenol, tanin. Batangnya mengandungi tanin. Getahnya beracun. Daun yang telah dilumatkan digunakan sebagai tampalan untuk merawat bisul, kudis dan bengkak. Asap kulit pokok atau daun kering yang telah dibakar dihidu untuk merawat resdung dan ulser hidung. Getah digunakan secara luaran untuk merawat sakit telinga, sakit gigi, bisul, ekzema dan luka. Kulit akar digunakan untuk mengubati demam, gigitan ular, sakit kulit, sifilis. Air rebusan bunga digunakan untuk mengubati kusta, sifilis, gonorea, batuk dan masalah pernafasan.
Cassytha filiformisTali putriPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Lauraceae ini juga dikenali sebagai cemar batu. Tumbuhan ini jenis parasit tanpa daun dan akar. Batangnya berwarna hijau kekuningan, melilit pada pokok seperti tali dan melekat pada perumah melalui haustoria. Bunganya kecil, berwarna putih kekuningan dan tersusun pada jambak bunga jenis spika. Buahnya bulat, jenis beri dan bersaiz kecil. Tumbuhan ini mengandungi kasifilin, kasitin, kasitidin, laurotitanin dan galaktitol. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan semak terbuka. Tumbuhan ini bersifat astringen dan diuretik. Air rebusan tumbuhan ini diminum untuk merawat cirit-birit, buasir, ekzema, ulser, kecacingan, masalah dalam perut, sakit kepala, malaria, demam, edema, hepatitis, masalah urinari, gonorea, sifilis dan resdung. Air rebusan digunakan secara luaran untuk merawat kegatalan kulit, pencuci mata dan melebat serta menghitamkan rambut.
Cassytha filiformistali putriHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Lauraceae yang dikenali juga sebagai cemar batu. Tumbuhan ini jenis parasit tanpa daun dan akar. Batangnya berwarna hijau kekuning-kuningan, melilit pada pokok seperti tali dan melekat pada perumah melalui haustoria. Bunganya kecil, berwarna putih kekuning-kuningan dan tersusun pada jambak bunga jenis spika. Buahnya bulat, jenis beri dan bersaiz kecil. Tumbuhan ini mengandungi kasifilin, kasitin, kasitidin, laurotetanin dan galaktitol. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan semak terbuka dan bersifat astringen dan diuretik. Air rebusan tumbuhan ini diminum untuk merawat cirit-birit, buasir, ekzema, ulser, kecacingan, masalah dalam perut, sakit kepala, malaria, demam, edema, hepatitis, masalah urinari, gonorea, sifilis dan resdung. Air rebusan digunakan secara luaran untuk merawat kegatalan kulit, mencuci mata dan melebatkan serta menghitamkan rambut.
Mimosops elengitanjungHerbaBotani dan BioteknologiPokok sederhana besar dalam famili Sapotaceae yang dikenali juga sebagai mengkular atau bunga tanjung. Ketinggiannya mencapai sehingga 30 meter dan tumbuh liar di kawasan tanah pamah atau ditanam sebagai perhiasan dan teduhan. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang dan tepinya beralun. Bunganya kecil, tumbuh tunggal atau dalam jambak yang kecil. Kelopak bunga berwarna putih dan berbau wangi. Akarnya digunakan sebagai ramuan tonik herba. Biji dan bunganya dilumatkan dan ditelan untuk merawat sembelit dan cirit-birit. Air rebusan daun diminum untuk merawat sakit kepala. Asap daun yang dibakar, dihidu untuk merawat resdung dan asma. Air rebusan kulit batang dibuat kumur untuk menguatkan gigi dan gusi, merawat sakit kerongkong, demam panas dan cirit-birit. Serbuk kulit boleh digunakan untuk merawat penyakit reumatik. Kulit yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat kulit yang gatal dan jerawat. Bunganya boleh dibuat hiasan kepala atau pewangi di dalam almari. Minyak pati bunganya boleh dibuat minyak pelita dan kulitnya digunakan sebagai bahan samak.

Kembali ke atas