Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.si.pi] | رسيڤي

Definisi : 1. senarai bahan (ramuan) dan peraturan yg diperlukan dlm menyediakan sesuatu ma­sakan atau makanan; 2. cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan; ~ kecantikan cara menjadikan diri (seseorang) cantik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.si.pi] | رسيڤي

Definisi : keterangan mengenai ramuan dan cara memasak sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resipi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam resipi masakan tertentu ada bahan-bahan yang dipanggil sebagai "awas" atau "awas-awas" atau "hawas". mohon penjelasan bagi istilah/frasa ini.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “awas” yang dirujuk sebagai dialek Kelantan dan Perak bermaksud bahan-bahan seperti bawang, lada, asam dan rempah yang diperlukan untuk memasak lauk pauk atau nasi selain nasi putih. Perkataan "awas-awas" dan "hawas" mungkin telah mengalami perubahan bunyi sebutan mengikut dialek.

Makna15.11.2021
Meminta jasa baik dan pendapat dari pihak DBP berkenaan cogan kata (tagline) untuk iklan terbaharu Coca-Cola. 3 cadangan seperti di bawah, untuk rujukan dan semakan pihak DBP. Oleh yang demikian, cogan kata yang manakah paling sesuai untuk digunakan - berdasarkan penggunaan tatabahasa/ bahasa melayu yang betul. 1. Resipi Sebuah Detik Keajaiban 2. Resipi Detik Keajaiban 3. Resipi KeajaibanCogan kata atau slogan yang sesuai digunakan mengikut aspek bahasa iklan ialah "Resipi Detik Keajaiban" dan "Resipi Keajaiban". Tatabahasa23.05.2023
Resipi atau resepi?Ejaan yang betul ialah resipi.Ejaan11.11.2016
resepi atau resipi?Ejaan yang betul ialah resipi.Ejaan16.11.2012
Rempah-ratus yang sesuai diperlukan bagi menhasilkan ramuan yang baik untuk resipi ayam rendang.(Adakah ayat ini betul?)Rempah-ratus yang sesuai diperlukan bagi menghasilkan ramuan yang baik untuk resipi rendang ayam.Tatabahasa04.10.2013
Bagaimana tentukan penggunaan perkataan “ketepikan” dan “diketepikan”?Contoh dalam resipi: Gorengkan kentang sehingga warna keemasan. Angkat dan ketepikan/diketepikan.
Perkataan yang betul ialah "ketepikan"
Tatabahasa09.09.2015
Selamat pagi, Baru-baru ini, sebuah pengusaha makanan francais menggunakan “Sensasi Delight” sebagai nama bagi promosi resipi terbaru mereka. Soalan saya, adakah nama ini dibenarkan penggunaannya untuk tujuan pengiklanan? Adakah penggunaan bahasa campuran menjadikan ianya tidak sah digunakan bagi tujuan pengiklanan? Berbangkit daripada soalan diatas, syarikat kami pula ada mencadangkan nama “Rasalicious Roaster” bagi sebuah pengusaha makanan francais yang lain yang mempromosikan ayam panggang sebagai menu utama. Rasalicious – Gabungan “Rasa” + cedokan “licious” dari Delicious = Sedap Roaster – Panggang Soalan saya, adakah “Rasalicious Roaster” sah digunakan sebagai nama produk bagi tujuan pengiklanan kami? Harap pihak Tuan dapat membantu menjawab persoalan saya ini. Terima kasih.Kedua-dua perkataan ini tidak boleh diterima kerana kedua-duanya mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan menjadi bahasa rojak. Perkataan sensasi delight boleh digantikan dengan hidangan sensasi dan rasalicious digantikan dengan rasa enak.    Tatabahasa20.06.2008
Salam sejahtera, saya ingin bertanya lebih lanjut mengenai soalan yang saya ajukan terdahulu, mengenai penggunaan "kemudian" atau "dan kemudian" untuk merujuk kepada "and then". Laras teks bagi penggunaan kata tersebut merupakan teks berbentuk panduan seperti buku resipi atau manual. Contoh: Ayakkan tepung dan kemudian tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut. Dalam konteks di atas, adakah penggunaan "kemudian" sahaja sudah memadai untuk menerangkan maksud yang ingin disampaikan? Terima kasih.Dan serta kemudian kedua-duanya kata hubung. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, gunakan salah satu daripada kata hubung yang tersebut. Ayakkan tepung dan tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut atau Ayakkan tepung kemudian tambahkan garam klik setiap kekunci dan kemudian tentukan nilai kekunci tersebut.Tatabahasa29.05.2015

Kembali ke atas