Salam hormat, Andainya resmi ayam betina dikaitkan dengan bertelur sebiji riuh sekampung, apakah 'resmi ayam jantan' dan 'resmi jagung'? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada maklumat tentang "resmi ayam jantan" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat peribahasa tentang "resmi jagung" seperti yang berikut: Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (tegak). Maksudnya ialah makin kaya (berilmu) makin sombong. | Lain-lain | 19.05.2012 |
Saya pelajar kelas dasar Universiti Fatoni ingin bertanya tentang makna dalam bahasa melayu, perkataan resmi | Lihat resmi">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=resmi untuk maklumat lanjut maksud perkataan resmi. | Makna | 07.04.2015 |
Tuan, Peribahasa manakah di bawah adalah benar, a) Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk? ATAU b) Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Terima kasih. | Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua ialah: Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang. Bermaksud : Tidak sombong; rendah diri. | Sastera | 26.07.2018 |
apakah maksud 'ikut resmi padi,makin berisi,makin teduh'? | Makna peribahasa "Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk" ialah makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi | Makna | 06.08.2007 |
saya ingin mendapatkan maklumat mengenai perkataan KITOSAN . Adakah perkataan ini dimuatkan didalam kamus resmi Bahasa Malaysia , dan jika ada termaktub sebagai perkataan resmi, bilakah tarikh ianya didaftarkan. | Kata Kitosan merupakan istilah dalam bidang pertanian. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci berkaitan tarikh kata tersebut didaftarkan. | Istilah | 02.08.2022 |
ejaan sebenar bagi 1.mukjizat 2.tawakkal 3.ikhtiar 4.qhada 5.resmi. 6.tan naim 7.zulhijjah | Ejaan sebenar perkataan-perkataan tersebut seperti yang berikut; 1. mukjizat 2. tawakal 3. ikhtiar 4. qada 6. resmi ( sifat semula jadi) dan rasmi (formal) 6. perkataan ini tiada dalam rujukan kami, sila semak ejaan. 7. zulhijah | Ejaan | 16.01.2009 |
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi | 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta. | Makna | 10.12.2008 |
Bagi permulaan surat resmi dalam jabatan: 1. Ketua Pengarah. Tajuk Surat: 2. YBhg Ketua Pengarah. Tajuk Surat : Mana yang betul? | Tuan, kami tidak jelas dengan soalan tersebut. Mohon dapat kemukakan soalan dengan lebih menyeluruh. Walau bagaimanapun, lazimnya dalam penulisan surat, kata sapaan YBhg. digunakan untuk orang yang mempunyai gelaran Tan sri, Datuk Seri, Datuk, Dato', Datin dan lain-lain. Kita tidak perlu menggunakan YBhg. apabila menyapa nama jawatan seseorang: contohnya Ketua Pengarah sahaja, bukan YBhg. Ketua Pengarah. Kecuali jika kita menyapa namanya (yang ada gelaran Datuk), baru digunakan YBhg. Datuk.... | Tatabahasa | 23.06.2015 |
Untuk iklan kain rentang (PEMBUKAAN RESMI) atau (PEMBUKAAN RASMI) | Ejaan yang betul ialah 'Pembukaan Rasmi'. | Ejaan | 17.01.2008 |
Kami memerlukan maklum balas tuan untuk borangn Resit Resmi bagi sejumlah wang diterima bagi bayaran tertentu, butiran yang mana lebih menepati bahasa : 1. DITERIMA DARI atau DITERIMA DARIPADA 2. Orang yang mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran yang diterima : PENERIMA atau DISEDIAKAN OLEH atau DITERIMA OLEH | Jawapan yang betul ialah DITERIMA DARIPADA, manakala jawapan kedua ialah PENERIMA dan DITERIMA OLEH | Lain-lain | 03.06.2021 |