Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resonans


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electron paramagnetic resonanceresonans paramagnet elektronFizikModenResonans magnet yang timbul daripada momen magnet elektron tak berpasangan di dalam bahan paramagnet atau di pusat paramagnet di dalam bahan diamagnet. resonans paramagnet, resonans spin elektron.
Fourier transformation nuclear magnetic resonansresonans magnet nukleus transformasi FourierKimiaKimia AnalisisKaedah yang menggunakan sampel yang disinarkan dengan suatu denyut meliputi semua frekuensi radio secara serentak. Tenaga yang terhasil adalah komposit frekuensi radio bagi kesemua nukleus yang dirakamkan dalam dominan masa. Kaedah transformasi Fourier digunakan bagi mendapatkan isyarat dalam domain frekuensi melalui langkah matematik dengan menggunakan komputer. Kaedah ini lebih pantas dan dapat memberi nisbah isyarat-kebisingan yang lebih baik.
resonant frequencyfrekuensi resonanFizikMekanikFrekuensi maksimum yang diukur apabila rangsangan daripada daya pacu luar yang bertindak pada suatu sistem fizik menjadi maksimum. Frekuensi ini dapat digolongkan kepada tiga jenis mengikut keadaan iaitu resonans fasa, resonans amplitud dan resonans asli.
parallel resonanceresonans selariKejuruteraanTiada1. Frekuensi apabila regangan beraruhan dan berkemuatan bagi litar resonans selari adalah sama.,2. Frekuensi apabila galangan selari bagi litar resonans selari adalah maksimum.,3. Frekuensi apabila galangan selari bagi litar resonans selari mempunyai faktor kuasa uniti.
phase resonanceresonans fasaFizikMekanikResonans yang terjadi apabila fasa ayunan bebas asli dan fasa ayunan daya pacu luar berbeza 90o (p/2 radian). resonans halaju
resonanceresonansTeknologi MaklumatTiadaGema yang terhasil akibat pemanjangan atau peningkatan bunyi (akustik), terutamanya nada muzikal yang dihasilkan oleh getaran. Frekuensi resonans pada biola, gitar atau piano misalnya bergantung kepada panjang dan ketegangan tali. Apabila tali gitar dipetik, Jarak gelombang yang akan menghasilkan resonans pada tali gitar misalnya adalah dua kali ganda panjang tali gitar tersebut.
proton resonanceresonans protonKejuruteraanTiadaResonans magnet yang menggunakan momen magnet proton.
paramagnetic resonanceresonans paramagnetKejuruteraanTiadaResonans yang terdapat dalam bahan paramagnet sebagai satu puncak dalam spektrum serapan pada frekuensi tertentu.
fission resonancesresonans belahanKejuruteraanTiadaResonans dalam keratan rentas belah neutron dengan nukleus.
mechanical resonanceresonans mekanikFizikAkustikResonans yang berlaku dalam system ayunan mekanik.
12345678910...

Kembali ke atas