Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rés.to.ran] | ريستورن

Definisi : (réstoran) kedai makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rés.to.ran] | ريستورن

Definisi : /réstoran/ kedai tempat makanan dan minuman dijual; kedai makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
restoran (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kantin, kedai makan, kafe, kafeteria.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.. Saya bercadang ingin membuka perniagaan. Untuk nama restoran mana yang betul? Restoran Ipoh Klebang atau Restoran Klebang Ipoh?Salam,

Dicadangkan nama Restoran Klebang Ipoh.
Lain-lain23.08.2015
Minah Restoran atau Restoran Minah yang betul untuk digunakan dan apakah sebab-sebabnya?Yang betul Restoran Minah berdasarkan  Hukum D-M. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Makna07.04.2008
Mohon maklumbalas pihak tuan/puan berhubung penggunaan struktur ayat nama restoran iaitu: 'RESTORAN PUTRAJAYA IKAN BAKAR' Terima kasihStruktur yang betul ialah "RESTORAN IKAN BAKAR PUTRAJAYA".Tatabahasa28.01.2014
Restoran Tomyam Sharifah atau Restoran Sharifah Tomyam? Atau kedua-dua boleh?Nama yang betul ialah Restoran Tomyam SharifahTatabahasa31.03.2020
Selamat sejahtera, Adakah penggunaan ayat ini betul? 1)a) Seorang pelanggan sedang memesan makanan daripada pelayan restoran itu. b) Seorang pelanggan sedang memesan makanan pada pelayan restoran itu. c) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. 2) a) Pelayan di restoran itu sedang mengambil pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. b) Pelayan di restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. Apakah ayat yg paling tepat?TQa) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. b) Pelayan restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggannya.Lain-lain18.12.2007
Terdapat kekeliruan..adakah frasa "Restoran Ong Kee (Tauge Ayam)" boleh diguna pakai? Atau "Restoran Tauge Ayam Ong Kee"...?Jika penekanan perniagaan ialah pada menu istimewanya, ayat yang betul ialah Restoran Tauge Ayam Ong Kee. Jika nama pemilik atau pengasas perniagaan yang diutamakan, ayat yang betul ialah Restoran Ong Kee. Saya telah meneliti papan tanda rangkaian “Restoran Ong Kee Tauge Ayam”  melalui internet. Perkataan Restoran Ong Kee (Tauge Ayam) membawa kekeliruan makna. Namun, untuk tujuan perniagaan, melalui kreativiti reka bentuk papan tanda, penekanan terhadap perkataan Restoran Ong Kee dan perkataan Tauge Ayam boleh kelihatan setara. Misalnya: Di bahagian kiri papan tanda ialah perkataan Restoran Ong Kee (pada baris pertama Restoran, pada baris kedua Ong Kee); di bahagian kanan papan tanda, pada baris pertama ialah perkataan Tauge Ayam, pada baris kedua ialah terjemahannya dalam tulisan Cina (Nga Choy Kai). Di bahagian tengah, letak pemisah, misalnya gambar hidangan tauge ayam tersebut.  Tatabahasa29.09.2011
Bolahkah saya menggunakan nama restoran dalam bahasa inggeris dan nama tersebut saya tertera dalam papan iklan restoran saya.Contoh seperti dalam lampiran.Terima kasih.Nama restoran boleh menggunakan bahasa Inggeris kerana itu ialah nama khas.  Walau bagaimanapun, keterangan tambahan di bawah nama restoran haruslah menggunakan bahasa Melayu, atau jika ingin mengekalkan bahasa Inggeris, perlu ada padanan bahasa Melayu, iaitu menggunakan dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris)
Di sudut kiri atas papan iklan perlu ditambah keterangan aktiviti berbahasa Melayu yang sesuai seperti RESTORAN
Lain-lain29.03.2017
RESTORAN BELANGA JOM BER- SHELLOUT HARGA RM 35.00 RM 70.00 RM 13.50Sila buat permohonan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ untuk pengesahan bahasa dalam iklan.Lain-lain13.09.2018
RESTORAN BELANGA BUFET STEAMBOAT GRILL HARGA PROMOSI RM 24.90Sila buat permohonan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ untuk pengesahan bahasa dalam iklan.Lain-lain13.09.2018
restoran jepun ,rm26 tiram,jepun steam boat rm44Salam sejahtera,

Untuk pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ .

Sekian, terima kasih.
Lain-lain11.08.2017
12345678910...

Kembali ke atas