Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ta/] | رتق

Definisi : 1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (per­selisihan dll) yg boleh menimbulkan per­pecahan (per­ceraian dll), sudah tidak se­muafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan; ~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retak­nya; b) sj corak kain batik moden Malaysia; ~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal me­nantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan); meretak menjadi retak, mulai retak; meretakkan menjadikan retak, menyebab­kan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak; keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu; peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pe­lendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ta/] | رتق

Definisi : dlm pinggan yg ~. 3 ki sudah renggang atau tidak erat lagi (bkn persahabatan dll): Dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu. meretak mula retak; menjadi retak. meretakkan menjadikan atau menyebabkan retak: Panas matahari dan hujan telah ~ tembok batu rumahnya. keretakan keadaan atau hal retak: ~ rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[re.ta/] | رتق

Definisi : 1 = retakan garis yg kelihatan pd sesuatu yg keras (spt pd pinggan) yg menunjukkan akan pecah atau akan belah: ~ pd pinggan itu makin panjang. 2 terdapat garis dll yg menunjukkan akan pecah atau akan belah: Jangan makan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
retak (kata nama)
1. Rujuk rekah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cacat, cela, kekurangan,
Berantonim dengan sempurna

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan renggang, ganggang, jauh,
Berantonim dengan mesra

Kata Terbitan : meretak, meretakkan, keretakan,

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Retak pertujuh.

Bermaksud :

Hati yang sangat rindu.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SESAR SAN ANDREAS

Sesar San Andreas ialah retak yang panjang

pada kerak bumi dan ditandakan oleh zon bumi

yang terganggu di California. Sesar ini menganjur

lebih kurang 970 kilometer dari luar pinggir pantai

barat laut California sehingga ke bahagian tenggara

dan berhampiran sempadan Mexico.

UMUM 
OSTEOPOROSIS

Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang

yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang

yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam

osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau

mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga

sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat

rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan

kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa

bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran

tentang kewujudannya sehinggalah berlaku

kecederaan.

UMUM 
OSTEOSKLEROSIS

Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan

dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh

melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang,

atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa

yang dikenali sebagai tulang marmar atau

osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang

berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam

penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal.

Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang

mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang

membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak

mengalami anemia yang teruk.

Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi

rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal.

Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian

tulang akibat jangkitan atau tumor.

UMUM 
TETELUK

Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar

yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan.

Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai

banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya,

banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab

persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan

Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir.

Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di

sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah

kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan

sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut.

Dalam kes lain, gelinciran berlaku – iaitu, kerak

bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang

menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam

kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan

yang tenggelam.

UMUM 

Kembali ke atas