Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata revitalize


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing).Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu.Istilah27.12.2018

Kembali ke atas