Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.vo.lu.si] | ريۏولوسي

Definisi : (révolusi) 1. perubahan sesebuah ke­rajaan, sistem politik, atau sistem sosial yg dilakukan secara radikal dan kekerasan, spt rusuhan dan pemberontakan bersenjata: Angkatan 45 lahir sbg pernyataan ~ Indonesia; 2. perubahan yg menyeluruh dan mendadak, terutamanya dr segi cara berfikir, bertindak, dsb; R~ Hijau gerakan utk meningkatkan hasil tanaman di negara-negara sedang membangun melalui teknik pertanian moden, spt ke­su­buran tanah, penggunaan jentera, kawalan penyakit dsb; ~ mental revolusi fikiran, pe­rubahan pemikiran secara menyeluruh; berevolusi mengadakan revolusi; merevolusikan mengubah sistem pe­me­rin­tahan (sosial dll) dgn kekerasan (cepat dll), membawa perubahan kpd sesuatu atau dlm sesuatu bidang secara radikal (meluas, me­nyeluruh, dan cepat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.vo.lu.si] | ريۏولوسي

Definisi : /révolusi/ perubahan (ter­utamanya dlm sistem pemerintahan atau dlm sistem sosial) yg dilakukan dgn kekerasan. merevolusikan mengubah sistem pemerintahan negara atau sistem sosial dgn kekerasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata revolusi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
socialist revolutionrevolusi sosialisSains PolitikPolitik PerbandinganSalah satu bentuk revolusi dalam sejarah revolusi. Revolusi ini merupakan sebahagian daripada sejarah materialisme menurut idea Marx. Revolusi sosialis merupakan salah satu tahap yang akan dilalui oleh masyarakat sebelum mencapai tingkat revolusi komunis. Marx memberi gambaran bahawa masyarakat berubah daripada tahap primitif melalui beberapa tahap kepada tahap komunis. Menurut Marx, revolusi akan berlaku apabila tingkat eksploitasi oleh golongan kapitalis terhadap golongan pekerja mencapai tahap yang serius, lalu membawa kepada penentangan golongan buruh terhadap golongan kapitalis. Namun begitu, ramalan Marx ini tidak menjadi realiti.
counter revolutionrevolusi balasSains PolitikPolitik PerbandinganRevolusi yang digerakkan sebagai tindak balas terhadap revolusi yang merombak sistem, aturan sosial dan pemikiran sesebuah masyarakat. Revolusi balas ini muncul disebabkan wujudnya pemikiran yang tidak bersetuju dengan gerakan revolusi yang telah tercetus sebelum ini. Revolusi balas tidak bermakna satu gerakan yang ingin mengembalikan sistem sosial sebagaimana yang wujud sebelum itu tetapi kebiasaannya merujuk kepada keinginan untuk memperbaiki beberapa aspek dalam revolusi yang dilihat tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat. Misalnya kemunculan pemikiran Positivisme yang dipelopori oleh Henry St. Simon dan Auguste Comte pada abad ke-18 merupakan satu bentuk revolusi balas dari sudut pemikiran yang menentang aspek kebebasan mutlak yang dianjurkan oleh Revolusi Perancis ketika itu. Namun idea ini tidak bermakna mahu mengembalikan pemikiran masyarakat Perancis seperti zaman feudal sebelum revolusi tercetus.
counterrevolutionrevolusi balasSejarahTiadaRevolusi yang menentang atau menyerang balas revolusi yang ada atau revolusi sebelumnya.
post-Industrial Revolutionlepas Revolusi PerusahaanSejarahTiadaMasa atau tempoh selepas revolusi perusahaan atau revolusi perindustrian.
revolutionrevolusiSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama.
industrial revolutionrevolusi perindustrianSains PolitikHubungan AntarabangsaRevolusi yang berlaku di England sekitar tahun 1750 yang menandakan permulaan operasi perkilangan secara moden dengan penggunaan jentera dan perkembangan skala ekonomi, pengenalan sistem upah dan perusahaan perniagaan korporat. Revolusi ini merupakan permulaan peralihan sistem politik tradisional kepada sistem politik moden.
industrial revolutionrevolusi perindustrianKesusasteraanTiadaRevolusi atau perjuangan bercorak politik, ekonomi dan sosial, membentuk corak baru dalam kehidupan di England pada suku akhir abad ke-18 dan suku awal abad ke-19.
commercial revolutionrevolusi perdaganganSejarahTiadaRevolusi yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan, berlakunya penggunaan wang menggantikan sistem barter.
enlightenmentmakrifat (agama), kecerahanSains PolitikTiadaGerakan falsafah abad ke-18 yang menekankan hak taakul manusia dan menolak kuasa agama serta amalan politik serta menggerakkan suasana pembaharuan yang ditemui dalam Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika. (SEJ
directory (French)Dewan Revolusi (Perancis)SejarahTiadaBadan pemerintahan atau pentadbiran yang kecil yang mempunyai kuasa, tanpa perkembangan dan bersifat ketenteraan ditubuhkan sewaktu Revolusi Perancis oleh golongan penyokong Roberspierre antara 1795 - 1799
12345678910...

Kembali ke atas