Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); ke­hilangan ~ kehilangan mata pencarian; men­cari ~ mencari makan, mencari peng­hidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat ke­un­tung­­an dll; naik ~nya semakin bertambah ke­untungannya; orang makan gaji, umur pan­jang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg di­usahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : segala sesuatu yg diperlukan utk hidup; makanan atau segala yg diperlukan sehari-hari; nafkah: Mudah-mudahan Tuhan memurahkan ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rezeki (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, bonus, ganjaran, hasil, panen.,

Puisi
 

Anak Cina bermain ceki,
     Baju dibuka tinggal seluar;
Kalau sudah bukan rezeki,
     Di dalam mulut lari keluar.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Ada nyawa ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Semoga Allah permudahkan urusan. 2. Semoga dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki. Adakah tepat pembinaan ayat tersebut?Ayat yang tepat ialah:

1. Semoga Allah mempermudah urusan.
2. Semoga dipermudah urusan dan diluaskan rezeki.
Tatabahasa29.07.2022
Mohon semakan terhadap ayat di bawah: Semoga terus memperolehi kejayaan dalam semua bidang serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima ksih.Semoga terus memperoleh kejayaan dalam semua bidang serta dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.Tatabahasa10.04.2015
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mendoakan sesiapa pun yang membaca mesej ini supaya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Nama saya Nazry Salam, seorang penulis bebas. Izinkan saya bertanya. Adakah pihak DBP ada rancangan untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan sayembara sains angkasa? Sekian sahaja. Jutaan terima kasih didahulukan. Wassalam. Nazry SalamWa`alaikumussalam. Saudara boleh terus merujuk pada laman sesawang DBP dengan klik pada capaian iklan tersebut atau terus menghubungi pihak urus setia.Lain-lain24.12.2013
Pak Dollah ( memanggang / membakar / mendiang / menyalai ) beberapa ratus cucuk sate di pasar malam untuk mencari rezeki. Jawapan yang mana betul?

Salam sejahtera,

Membakar
bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate.

Tatabahasa16.11.2012
Saya adalah salah 1 agen yang menguruskan reka bentuk grafik dan periklanan, yang membabitkan pelanggan serta membabitkan proses pencarian rezeki didalam perniagaan. soalan pertama. Mengapa proses penyemakkan dari pihak DBP mengambil masa terlalu lama daripada 1 hari jadi ke 3 hari dan kemudian menjadi melebihi 1 minggu? Sedangkan proses ini perlu dibayar memandangkan sebelum ini tidak perlu dibayar namum proses amat bagus yang hanya memerlukan masa 1 hingga 2 hari bekerja sahaja. Perkara sedemikian bukan la baru sekali dua berlaku pada saya, namun proses ini bole menjejaskan perniagaan saya yang mana saya perlu menunggu melebihi 1 minggu untuk mengaut keuntungan sebanyak rm200.00. Soalan kedua Adakah logik akal pada pihak DBP yang mana rm200.00 sudah cukup bagus tuk perniagaan yang perlu kita kutip dalam masa seminggu lebih? Soalan ketiga Adakah tujuan DBP membuat percaturan sedekian adalah untuk menjatuhkan ekonomi atau menjatuhkan penigaan orang melayu di malaysia ini. Soalan ke empat Kenapa perlu diwujudkan sistem ini andai boleh menyusahkan, merugikan pihak lain dan kenapa perlu dibayar andai sistem ini lembab.Untuk makluman tuan/puan, proses penyemakan dan pengesahan bahasa ditetapkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh DBP. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk memproses permohonan dalam tempoh kurang dari 3 hari bekerja. Sistem pengesahan bahasa dalam talian diwujudkan bagi memberikan kemudahan dan pilihan kepada pelanggan yang tinggal di luar kawasan Lembah Kelang kerana tidak perlu ke Kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa. Sekian. Terima kasih.Lain-lain26.08.2017
Ummi Fahreey Fieeyras Assalamualaikum. Saya teringin mahu bekerja di DBP. Pernah buat latihan praktikum 3 bln disana. Kemudian m0h0n kerja disana, tetapi rezeki saya di bidang pendidikan. Bagaimana ya sy mahu buat perm0h0nan? Layakkah saya?Salam, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr. boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr. bolehlah menghantar borang permohonan. Terbaharu, permohonan perlu melalui SPA dengan mengisi borang Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).Lain-lain29.05.2014
soalan. makna peribahasa berikut. 1. ada air ada ikan. 2. ada rotan ada duri. 3. bagai air titik ke batu1. Barang di mana kita tinggal ada juga rezeki(setiap negeri ada adat resamnya sendiri).2. Ada kesenangan tentu ada kesusahannya.3. Amat sukar hendak memasukkan pengajaran yang baik kepada orang jahat dan degil.Makna05.04.2008
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujurAntara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my .Lain-lain01.10.2006
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima KasihUntuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.

panas 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik.

hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.
Makna21.06.2014
SAYA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA MAKANAN ?Menurut data kami, makanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yang bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu menge­nyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat;Makna20.11.2015
12

Kembali ke atas