Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ribaan pangkuan: anak yg kecil itu duduk di atas ~ ibunya; beriba duduk di atas riba (pangkuan); meriba memangku: isterinya ~ anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar 1. bunga berganda yg membebankan, yg diharamkan oleh Islam; makan ~ a) hidup dgn membungakan wang; b) membungakan wang dgn bunga yg tinggi, menghisap darah; 2. ark pelepas wang, ceti; tukang ~ ceti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ribaan bahagian paha yg menghala ke atas ketika duduk (bersila dll): spt bulan jatuh ke ~. beriba duduk di atas riba. meriba meletakkan di atas riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ceti. 2 bunga drpd wang yg dipinjamkan; lebihan yg dikenakan atas sesuatu yg dipinjamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riba (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, bunga, renten.,

Puisi
 

Sungguh harum melati di taman,
     Ditiup angin jatuh ke riba;
Biar hilang nyawa dan badan,
     Namun cinta tetap tak lupa.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Komputer riba itu mahal. Komputer riba itu dihadiahkan oleh ayah. Komputer riba itu telah rosak. Adakah ayat majmuk saya betul? Komputer riba yang mahal dan dihadiahkan oleh ayah itu telah rosak.Ayat majmuk tersebut betul. Selain itu, ayat ini juga boleh digunakan Komputer riba mahal yang dihadiahkan oleh ayah itu telah rosak.Tatabahasa07.11.2021
Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk. 1) Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jwp: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jawapan yang mana betul. Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A)Tatabahasa09.11.2011
Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk dengan kata hubung yang diberi. 1)Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jawapan: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jwp yang mana satu betul?Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A)Tatabahasa09.11.2011
1. Peserta bengkel diminta membawa bersama komputer riba dan data ke bengkel tersebut.Peserta bengkel diminta membawa komputer riba dan data ke bengkel tersebut.Tatabahasa12.06.2015
1.Adakah perkataan riba sudah dimelayukan.? 2.Saya kurang jelas mengenai adalah dan ialah

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan riba telah pun digunakan dalam bahasa Melayu iaitu membawa makna orang yang meminjamkan wang dengan mengambil bunga atau makna lain bunga daripada wang yang dipinjamkan atau lebihan yang dikenakan atas sesuatu yang dipinjamkan.

Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat dalam sesuatu ayat. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 

 

Tatabahasa17.10.2021
Salam sejahtera, untuk perkataan - perkataan berikut : komputer riba, laman web, kesan negatif, mampu milik, mudah alih, laman-laman sosial, pen stylus... kata-kata tersebut harus dikira sebagai satu atau dua patah perkataan dalam rumusan SPM? Sekian, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Dari aspek bahasa, perkataan tersebut dikira berdasarkan jumlah kata yang terkandung dalam unit tersebut kerana kata majmuk atau frasa nama boleh terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, hendaklah dirujuk kepada pihak yang lebih berwenang, iaitu Lembaga Peperiksaan melalui guru bahasa Melayu di sekolah.Lain-lain26.04.2015
Mana satu ayat yang betul. 1. Peserta bengkel diminta membawa bersama komputer riba dan laporan ke bengkel tersebut. 2. Peserta bengkel diminta membawa bersama-sama komputer dan wayar penyambung ke bengkel tersebut.Ayat yang tepat ialah ayat kedua.Lain-lain12.06.2015
Perkataan "Tuanku" adalah sesuai digunakan dalam karangan autobiografi? Contohnya, Aku sebuah computer riba. Tuanku menjaga aku dengan baik. "Tuanku" dalam ayat itu adakah betul? atau perkataan ini mesti dipisahkan menjadi "tuan aku"?Tuanku digunakan apabila kita bercakap dengan raja/sultan. Dalam konteks yang diceritakan, penggunaan yang betul ialah "tuan aku".Tatabahasa28.02.2014
apakah ayat bahasa melayu yang tepat untuk 'on lattop' / 'lattop menyala dengan sendiri' /automatic on ?Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk on laptop dan automatic on. Walau bagaimanapun, istilah untuk laptop ialah komputer riba. Cadangan padanan bahasa Melayu ialah menghidupkan komputer riba dan dihidupkan secara automatik. Sila berikan maksud atau konsep sekiranya padanan yang dicadangkan tidak sesuai.Istilah16.10.2012
apakah peribahasa yg mempunyai maksud berikut : 1. mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 2.bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yg bernar 3.apabila menyedari bhw kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha utk membetulkannyaPeribahasa yang sesuai untuk mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ialah bulan jatuh ke riba. Manakala ertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang benar ialah berani kerana benar. Sila rujuk Kamus Peribahasa Melayu karya Abdullah Hassan untuk mengetahui maksud atau peribahasa yang sesuai. Harap maklum.Makna16.07.2008
12

Kembali ke atas