Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ribaan pangkuan: anak yg kecil itu duduk di atas ~ ibunya; beriba duduk di atas riba (pangkuan); meriba memangku: isterinya ~ anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar 1. bunga berganda yg membebankan, yg diharamkan oleh Islam; makan ~ a) hidup dgn membungakan wang; b) membungakan wang dgn bunga yg tinggi, menghisap darah; 2. ark pelepas wang, ceti; tukang ~ ceti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = ribaan bahagian paha yg menghala ke atas ketika duduk (bersila dll): spt bulan jatuh ke ~. beriba duduk di atas riba. meriba meletakkan di atas riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ceti. 2 bunga drpd wang yg dipinjamkan; lebihan yg dikenakan atas sesuatu yg dipinjamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riba (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, bunga, renten.,

Puisi
 

Sungguh harum melati di taman,
     Ditiup angin jatuh ke riba;
Biar hilang nyawa dan badan,
     Namun cinta tetap tak lupa.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ribaribaPerniagaan IslamTiadaLebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi dan hukumnya adalah haram. Barang ribawi terdiri daripada wang, iaitu emas, perak atau sebarang mata wang dan bahan makanan seperti bijirin, gandum, garam, daging dan buah-buahan. Riba boleh berlaku dalam urusan hutang piutang dan jual beli bahan ribawi. Riba jual beli terbahagi kepada riba’ yad atau riba’ nasi’ah dan riba’ fadhl. Riba hutang piutang pula terdiri daripada riba’ qard dan riba’ jahiliah.
riba' yadriba yadPerniagaan IslamTiadaTangguhan penerimaan serahan produk yang berlaku dalam pertukaran barangan ribawi yang dilakukan secara tunai sama ada yang sama atau berbeza jenis dan mempunyai ilat produk ribawi yang sama tanpa disebut tempoh tangguhan yang tertentu. Penjenisan riba' yad diterima oleh mazhab Syafii, manakala mazhab Hanafi menyamakankan riba ini seperti riba’ nasi’ah.
ribaribaEkonomiTiadaTiada
riba' nasi'ahriba nasiahPerniagaan IslamTiadaPenangguhan penyerahan atau penerimaan produk ribawi yang sama atau berbeza jenis daripada pihak berkontrak pada waktu yang berbeza. Contohnya, pihak A dan B berurus niaga secara barter melibatkan beras dengan beras, atau beras dengan gandum, tetapi penyerahan salah satu pihak telah ditangguhkan. Urus niaga ini termasuk dalam riba' nasi'ah. Dalam mazhab Syafii, riba' nasi'ah dan riba' yad hanya berlaku bagi pertukaran produk ribawi yang berbeza jenis sahaja.
riba' fadlriba fadluPerniagaan IslamTiadaTambahan atau lebihan yang berlaku dalam pertukaran serentak pada salah satu daripada dua jenis produk ribawi yang sama jenis dan mempunyai ilat yang sama. Urus niaga ini dilakukan secara sistem barter, iaitu pertukaran produk dengan produk. Contohnya, pertukaran satu gantang beras berkualiti dengan satu setengah gantang beras yang kurang berkualiti. Lebihan setengah gantang beras itu dianggap riba fadlu. Penyelesaian riba ini adalah secara jual beli dengan menggunakan wang atau jual beli bahan ribawi yang memenuhi 3 syarat, iaitu persamaan sukatan atau timbangan, serah terima dalam majlis akad dan pertukaran tidak dibuat secara bertangguh.
riba' jahiliyyahriba jahiliahPerniagaan IslamTiadaPenangguhan dalam pembayaran hutang dengan disyaratkan bayaran tambahan. Contohnya, dalam urusan kad kredit, caj tambahan yang dikenakan sekiranya lewat membayar hutang ialah riba jahiliah.
riba' qardriba hutangPerniagaan IslamTiadaKeuntungan atau faedah yang dikenakan oleh pemiutang terhadap penghutang bagi sejumlah hutang yang diberikan kepadanya. Contohnya, A memberi pinjaman wang kepada B sebanyak RM1,000 dengan dikenakan faedah 7 peratus sebulan bagi tempoh 3 bulan. Lebihan sebanyak RM210 itu ialah riba.
rebana ribarebana ribaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Lihat juga rebana redap.

lapbookbuku ribaPendidikanTiadaFolder yang mengandungi koleksi interaktif tugasan pembelajaran yang telah diselesaikan berkaitan dengan subjek tertentu. Buku riba bersaiz besar dan mudah untuk dipangku.
laptop computerkomputer ribaTeknologi MaklumatTiadaKomputer mudah alih yang beratnya kurang daripada enam kilogram, mempunyai paparan leper dan papan kekunci digabungkan pada kasing unit sistem. Kebanyakannya juga mempunyai port selari, port sesiri dan penyambung kepada monitor dan papan kekunci luaran. Bekalan kuasa diperoleh daripada kuasa elektrik AC dan/atau kuasa bateri. Kini komputer riba sering disinonimkan dengan komputer buku nota. Lihat juga komputer buku.
1234567

Kembali ke atas