Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.buan] | ريبوان

Definisi : 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.buan] | ريبوان

Definisi : 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribuan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAMA PENA

Nama pena ialah nama yang digunakan oleh

pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar.

Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran .

Ribuan pengarang menggunakan nama pena.

Kebanyakannya adalah novelis popular yang

menggunakan lebih daripada satu nama pena

untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya

yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis

kadangkala menggunakan nama pena untuk

menyembunyikan identiti mereka atas alasan

perundangan, untuk melindungi peribadi mereka

atau kerana mereka menangani karya yang bersifat

sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800-

an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena

lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap

penulis wanita.

UMUM 
PLUMBUM

Plumbum , unsur kimia yang berat, berwarna

kelabu kebiruan, adalah satu daripada logam yang

paling lama diketahui di dunia. Simbol kimianya,

Pb, berasal daripada perkataan Latin, plumbum .

Manusia telah menggunakan plumbum ribuan

tahun dahulu sebagai bahan binaan, bahan untuk

perpaipan air dan membuat tembikar serta objek

lain. Kini, plumbum adalah penting kepada banyak

industri, terutamanya industri yang menghasilkan

bahan kimia, tenaga nuklear dan petroleum.

UMUM 
TELUK INTAN

Teluk Intan, bandar tua yang terletak di

kawasan Hilir Perak. Nama asalnya ialah Teluk

Anson. Bandar ini istimewa kerana kedudukan

geografinya. Pada abad ke-20, Teluk Anson muncul

sebagai kawasan pertanian. Pada tahun 1908,

ribuan hektar tanah dimajukan untuk tanaman

getah.

UMUM 
MESSINA

Messina (pend. 255 890) ialah bandar ketiga

terbesar di Sicily, sebuah pulau Itali di Laut

Mediterranean. Bandar ini terletak di timur laut

pantai Selat Messina (lihat Itali [peta politik]).

Bandar ini adalah pintu masuk ke Sicily. Setiap

hari, ribuan pekerja menaiki feri menyeberangi

selat selebar tiga kilometer ini untuk ke tanah

besar Itali. Messina merupakan pusat dagangan

untuk eksport buah-buahan, wain, dan barangan

lain.

UMUM 
SERPIH

Serpih ialah pemecahan sebarang benda kepada

kepingan yang lebih kecil. Bom atau bahan api

serpih telah digunakan bagi menentang kumpulan

askar, trak, dan kapal terbang di pangkalan.

Senjata ini mempunyai sarung yang berat yang

apabila meletup, terpecah kepada ribuan

serpihan kecil (kepingan).

UMUM 
TIMBUNAN BUANGAN

Timbunan buangan ialah timbunan kerang-kerangan

dan sampah-sarap yang lain yang

ditinggalkan oleh penghuni awal sesebuah tapak

arkeologi. Timbunan ini merupakan longgokan

sampah daripada tapak khemah atau kampung

yang pada suatu masa dahulu menjadi tempat

tinggal manusia. Sesetengahnya berusia ribuan

tahun. Timbunan buangan ini mengandungi alat-alat

yang diperbuat daripada tulang dan batu, kulit

cangkerang yang isinya menjadi makanan, ada

kalanya serpihan tembikar, dan tulang haiwan dan

mungkin juga tulang manusia. Ahli arkeologi yang

mengkaji timbunan buangan ini akan membina

kembali kehidupan harian dan adat resam yang

berubah-ubah di kalangan manusia yang hidup

sebelum sejarah ditulis.

UMUM 
RACUN KULAT

Racun kulat ialah bahan kimia yang digunakan

untuk membunuh ketumbuhan yang dikenali

sebagai kulat yang berbahaya kepada manusia

dan tumbuh-tumbuhan. Penyakit yang disebabkan

oleh kulat boleh memusnahkan atau dengan

serius merosakkan tanaman makanan. Penyakit

kulat telah memusnahkan tanaman kentang di

Ireland, yang menyebabkan sekitar 750 000 orang

kebuluran pada tahun 1840-an. Kulat juga

menyebabkan hawar berangan yang membunuh

ribuan pokok berangan Amerika di Amerika

Syarikat pada awal tahun 1900-an.

UMUM 
SHEARWATER

Shearwater ialah nama sekumpulan burung laut

yang hidup di lautan. Ia berbeza-beza panjangnya

dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter. Shearwater

berwarna perang atau hitam kekelabuan.

Sesetengah spesies mempunyai perut putih.

Ia mempunyai paruh yang bengkok sedikit,

dengan lubang hidung berbentuk tiub. Burung

ini terbang melayang di atas ombak, mengepak-ngepakkan

sayapnya yang panjang, kurus sekali-sekala

sahaja. Sesetengahnya terbang bersendirian,

tetapi yang lain berhimpun berkawanan yang

mungkin terdiri daripada ribuan ekor. Burung ini

memakan ikan, sotong, dan krustasea kecil.

UMUM 
PAJANG

PAJANG, kerajaan tua di pedalaman Jawa Tengah, Indonesia. Pajang terletak di antara Solo dan Kartosuro, lebih kurang 5 km dari pusat kota Surakarta sekarang. Di Pajang ditemui ribuan serpihan artifak tembikar buatan China dan Asia Tenggara. Artifak ini adalah peninggalan abad ke-13 hingga abad ke-17. Pada taun 1940, ketika dilakukan panggalian pada tempat tersebut, ditemui sebuah fondamen yang diperbuat daripada batu-bata yang besar ukurannya, dan batu-bata yang disusun tanpa perekat kapur ataupun simen. Selain itu ditemui sebuah batu berbentuk kubus (kiub) tanpa hiasan, yang disebut ‘yoni’. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut sebagai alas sebuah tiang pendapa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas