Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mericih menghiris, menyayat; ® rincih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ricih
Kata Terbitan : mericih,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shearricihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCanggaan pada kayu yang terjadi akibat penggelinciran tisu pada satah yang selari dengan arah beban yang dikenakan. Ricih dikelaskan mengikut asal kejadiaannya seperti ricih mengufuk, ricih menegak, dan ricih serong.
simple shearricih ringkas , ricih mudahGeologiTiadaTiada
shear modulusmodulus ricihKejuruteraanKejuruteraan BangunanModulus ketegaran, iaitu ketegaran ricih dibahagikan dengan keterikan ricih.
shear forcedaya ricihMekanikGunaanKomponen daya yang tangen terhadap permukaan yang ditindaknya. Daya ricih amat penting dalam analisis rasuk. Ia merupakan daya dalam yang bertindak selari dengan permukaan sebarang keratan rentas rasuk dan mengimbangi daya luar kenaan. Rasuk teranalisis dengan sepenuhnya apabila daya ricih dan momen lentur di sepanjang rasuk itu ditentukan. Kelaziman tanda bagi daya ricih yang bertindak pada rasuk ditakrifkan seperti yang berikut – bagi permukaan yang berada di kiri satah keratan, daya ricih adalah positif jika ia menghala ke bawah dan negatif jika ia menghala ke atas [Rjah D2a]. Berdasarkan hukum ketiga Newton, kelaziman yang sebaliknya digunakan untuk permukaan di sebelah kanan satah keratan. Kelaziman tersebut biasanya diingat dengan memperhitungkan suatu unsur kecil rusuk yang dibentuk oleh dua satah keratan; iaitu, daya ricih yang positif akan menyebabkan unsur itu berputar mengikut arah jam [Rajah D2b]. RAJAH D2 (rujuk ms. 23)
double shearricih bergandaKejuruteraanKejuruteraan BangunanRicih yang terjadi pada anggota struktur apabila ia dirintangi oleh tegasan ricih pada dua satah keratan.
shear ratekadar ricihKejuruteraanPolimerKadar perubahan trikan ricih terhadap masa. Unit bagi kadar ricih ialah s-1.
shear modulusmodulus ricihKejuruteraanPolimerModulus ubah bentuk ricih yang dijelaskan sebagai nisbah tegasan ricih terhadap terikan yang dihasilkan. Sin. modulus ketegasan.
shear stregthkekuatan ricihKejuruteraanPetroleumSuatu ukuran nilai ricih daripada bendalir yang menyatakan tegasan ricih minimum yang dapat menghasilkan canggaan yang kekal.
apparent viscositykelikatan ketaraKejuruteraanPolimerNisbah tegasan ricih terhadap kadar ricih pada satu julat yang kecil bagi leburan plstik. Sin. kelikatan struktur.
punching shearricih menebukKejuruteraanKejuruteraan BangunanRicih yang terjadi pada tiang yang dikenakan beban yang berat dan menembusi alas yang menyokongnya. Ricih menebuk perlu diatasi dengan cara menebalkan alas yang menyokongnya.
12345678910...

Kembali ke atas