Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.ma] | ريما

Definisi : bunyi yg sama pd huruf akhir atau kata akhir dlm sesuatu rangkap (spt dlm gurindam).rima II (Ast) rekahan yg kelihatan di per­mukaan planet atau satelit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.ma] | ريما

Definisi : keselarasan bunyi pd perkataan atau pd suku kata terakhir dlm sesuatu rangkap (mis pantun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rima (kata nama)
Bersinonim dengan rentak, ritma, irama, tempo.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RIMA

Rima bermakna bunyi yang bergema atau

berulang di akhir perkataan. Dalam puisi, rima

biasanya wujud di akhir baris, seperti dalam

petikan daripada penyair Ireland, William Butler

Yeats:

UMUM 
SONETA

Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak

metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa

Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta

Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema

atau pengalaman, sementara sestet (enam baris

terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada

tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu,

empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga,

enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya

cdecde.

UMUM 
KUPLET

Kuplet ialah rima yang mempunyai dua baris.

Kuplet pancapada ialah satu bentuk pola irama

Inggeris dalam pancapada iambik yang digunakan

mengikut urutan.

UMUM 
SLANGA BERIMA

Slanga berima ialah suatu bentuk bahasa

berkod. Dalam kebanyakan slanga berima, istilah

slanga terdiri daripada dua atau lebih kata setiap

satunya. Kata terakhir dalam istilah itu adalah rima

atau asonansi kata yang akan digunakan dalam

pertuturan biasa.

UMUM 
MOTHER GOOSE

Mother Goose ialah suatu nama yang dikaitkan

dengan kesusasteraan kanak-kanak beratus-ratus

tahun lamanya. Mother Goose muncul sebagai

pengarang yang mempunyai banyak koleksi cerita

dan rima dalam pelbagai bahasa. Namun, tiada

sesiapa pun yang tahu sama ada Mother Goose

yang sebenar itu pernah wujud.

UMUM 
ALITERASI

Aliterasi berlaku apabila bunyi yang sama mula

menggantikan suku kata yang diaksenkan.

Contohnya, dalam “Peter Piper picked a peck of

pickled peppers,” aliterasi ini dicipta dengan

pengulangan bunyi p pada permulaan setiap suku

kata yang diaksenkan. Puisi Inggeris lama tidak

mempunyai rima, tetapi mempunyai pola aliterasi.

Aliterasi, seperti juga rima, asonansi, dan

konsonani, ialah cara pengulangan yang

membantu menyatakan perasaan dan idea sesuatu

puisi. Lihat juga Puisi (Bunyi).

UMUM 
NYANYIAN KANAK-KANAK

Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak

yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan

hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu

bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak-

kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta

ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya

mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan

bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke

hadapan dan ke belakang.

UMUM 
SKALD

Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang

bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia

pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga

tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di

Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan

puisi skald memuliakan pemimpin yang

berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi

ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas

Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald

sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola

aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan

bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan

(sejenis rima antara suku kata yang mengandungi

vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan

konsonan yang sama). Puisi skald juga

menggunakan sejenis metafora luasan yang

disebut sebagai kenning.

Lihat juga Edda; Saga.

UMUM 
KASIDAH

KASIDAH, puisi Arab yang popular dan antara bentuk puisi (shi’r) Arab yang terawal. Kasidah telah berkembang sejak zaman Jahiliah bersama-sama puisi Arab yang lain. Kasidah, sejenis oda (ode) ialah puisi imaginatif yang lengkap dan panjang, biasanya terdiri dari 25 hingga 100 kuplet. Dari segi skema rima, umumnya berbentuk serima (monorhyme), sesuai dengan  tradisi Arab. Pola rima kasidah sama seperti puisi Arab lain, misalnya kit’ah, masnu’i dan ghazal. Ia mempunyai pola matra (metrical pattern) berdasarkan bunyi panjang pendek vokalnya.

SASTERAKonsep
SYAIRSYAIR, sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat larik serangkap, empat perkataan selarik dan mempunyai rima akhir /a/ /a/ /a/ /a/ dengan sedikit variasi dan kekecualian. Keseluruhan rangkap merupakan idea yang berurutan dan biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk menyatakan suatu keseluruhan idea.SASTERAKonsep
12

Kembali ke atas