ottava rima | astarima | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang barisnya mengandungi lapan rima, khususnya rima hujung. Astarima boleh terdiri daripada rima yang sama atau rima yang berbeza. Contohnya, puisi '"Penagih Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya. |
inexact rhyme | rima tak tepat | Kesusasteraan | Puisi | Pembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit. |
rhyme | rima | Kesusasteraan | Tiada | Bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah. |
half rhyme/oblique rhyme | rima sumbang | Kesusasteraan | Puisi | 1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga. |
rima | rima | Perubatan | Tiada | Tiada |
rima | rima | Biologi | Mikologi | Ostiol pada jasad buah sesetengah kulat yang kelihatan seperti celah. |
rhyme | rima | Kesusasteraan | Puisi | Skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap� tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contohnya, rima pantun ab ab. Rima syair a a a a. Rima akhir jugalah yang menjadi satu daripada dasar untuk menentukan "bentuk terikat" sesebuah puisi . |
consonance | konsonans | Kesusasteraan | Tiada | Rima sumbang: Rima yang tidak sempurna atau tidak lengkap. Selalunya menghasilkan konsonansi dan kadang-kadang asonans. |
trisyllabic rhyme | rima trisuku | Kesusasteraan | Tiada | Rima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka atau rangkap-rangkap lucu. |
triple rhyme | rima trisuku | Kesusasteraan | Tiada | Rima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka dan rangkap-rangkap lucu. |